Wednesday, 30 May 2012

Anak Kampung


Assalammualaikum!Ohaiyo Gamasunsun!

Lama sudah aku x memblog kan diri aku..Sejak aku kuciwa dengan segala yang terjadi pada blog ini..Tapi aku telah mendapat semangat baru untuk menulis selepas menghabiskan masa selama 30 minit untuk membaca entri-entri lama aku.. (-..-)"  ..Nampak sangat tak de keje.
.
Walau apapun yang berlaku..kehidupan harus diteruskan ..tetibe.. Untuk pengetahuan reader semua(bajet Zack Zuhairi plak kann)..aku skang berada di kampung halaman ku yang tercinta dan panas permai..FELDA PALONG 6..Ohoyyyy...(masuk lagu Cek Mek Molek)..

Ahh..Indahnya terasa disini,kembali menghirup bau-bauan bunga kemboja..(mana datang bunga kemboja plak Zam).Hahha..Apapun sebelum aku merepek meraban lebih jauh lagi dan membuang masa korang yang memang dah sedia terbuang membaca blog yang senduu ini...Maka aku nak nyatakan disini yang aku memang happy balik kampung ,walaupun hal yang demikian aku masih dihantui rasa bersalah kerana aku dah membiarkan tanggungjawab aku di universiti iteww terkapai-kapai kehausan umpama anak berudu kehilangan induk kataknya,..What a pathetic life.. Bhahaha..Menambahkan lagi kekalutan hati ini apabila mengenangkan yang minggu depan merupakan Final Exam Sem 4 dan membuatkan lebih berbulu apabila aku belum lagi berjumpa ustaz untuk membaca 4 Surah bagi melengkapkan kredit aku dalam subjek Tajwid..Phewww...

Seriously kalau ikutkan hati aku umpama panas punggung sekarang..Tapi kebahagiaan kat rumah umpama mengaburi mata aku tambahan lagi aku ingatkan nak balik awal naik bus,tapi emak telah mencadangkan aku naik kereta dengan along balik Terengganu hari jumaat ni memandangkan Along nak balik Kelantan..Uhuhu..
Quote aku untuk hari ini adalah keluarga adalah segala-galanya..Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia asal masih adanya keluarga aku (familiar x ayat ni..:P)..

Dan aku tersangatlah kendatipun merasa bahagia apabila kepulangan aku kali ni ramai yang ada kat rumah minus along & familinya..Tambahan lagi bila akak aku telah dirisik dan dipinang..selamat lagi seorang anak perempuan mak ayah..kami waiting for kak cik punye prince charming datang ambil dia tak lama lagi..Hopefully..Dan yang seronok lagi bila aku lepak sama-sama mak ayah dengar bang cik On Air di Radio Negeri FM menjadi ahli panel berdiskusi bersama kawan kawannya tentang topik semasa..bangga mak ayah woo..Hope suatu hari nanti aku dapat buat diorang senyum macamana diorang senyum masa dengar suara bang cik kat radio tadi ... :)

Dan banyak lagilah keseronokan berganda aku dengan famili..lepak bagi makan ikan yang makin membiak-biak kat kolam kami tew..lepak pi beli barang untuk kahwin Uda nanty..angkat batu p letak belakang rumah (-..-)' dan paling best lepak gelak-gelak satu famili di petang hari sambil mengacau mak yang kuat melatah..Hahha..Home Sweet Heaven Honey Home!


Boleh tak kalau aku nak amek diploma jarak jauh untuk sem 5 & 6 nanti..Ada kemungkinan ke diluluskan..bhaha..Memang mimpi di tengahari yang panaslah!

Till then,have a sweet day everyday everybuddy!

Tuesday, 1 May 2012

Mari menderma!! Yeba!Yeba!

Assalammualaikum..

2 hari lepas aku nampak kotak ni tersadai kat bawah Blok Q tingkat bawah kampus Gong Badak,UniSZA (skali alamat penuh aku kasi) masa aku balik dari makan aiskrim Walls Cornetto Black & White,sumpah sedap aiskrim ni dua perisa berbeza yang digabung menjadi satu dan cair di dalam anak tekak aku tika panas membakar lemak....
Black & White U are Mine! Myehhehe... *gambar curik kat Google*

Then semalam aku nampak kotak ni tersadai bawah Blok O,Kolej kediaman aku masa aku turun meroyan kat aras bawah disebabkan kebosanan melampau,..dan 10 minit kemudian aku telah mengisi baju-baju ni dengan selamatnya kedalam kotak tu! heh!
Baju ni manyak kenangan meyh...





Dah basuh Ok.. heheh




 Huh! Puas hati.. Sebenarnya pada awalnya aku ingat nak jual baju-baju ni kat bundle.. Tapi Apito & Muiz telah meyakinkan akut tak de orang nak beli baju-baju aku..hahha.. kalau tak aku dah letak kat Mudah.Com da.. Cett.. Semoga anak-anak yatim ni dapat manfaat dari baju-baju aku ni ,atau at least jadi stylo macam aku (muntah darah!Sejak zaman bila pulak ko stylo Zam) ...Ingat-ingat balik,masa kecik-kecik dulu family aku sokmo pakai baju derma orang..orang susah la katakan..Berebut kami pilih baju kalau orang bagi derma baju tu..seguni kadang-kadang diorang bagi. Sadis pulak kenangkan..Hahha.. Dan aku rasa its a good time for me to pay back! Ganbatte!!