Tuesday 26 June 2012

Di Suatu Pagi yang Hening

Jam laptop menunjukkan tepat 5.48 AM tatkala jari jemari aku yang kasar dan penuh aura kejantanan ini (errr... ) mula menari satu persatu diatas keyboard notebook aku yang boleh dikatakan tak semua yang boleh menaip dengan pantas menggunakan keyboard notebook ni. (Seriously)

Di saat ini aku mula rasa menyesal sebab tidor dengan sepulas-pulasnya umpama anak kucing yang mendapat berpanas berteduh di celah-celah tuannya tatkala hujan lebat mencurah ke ladang gandum petang tadi sebab malam ni,saat ni,detik ni,aku telah mengalami masalah untuk melelapkan mata aku yang telah mungkin boleh menyebabkan pertumbuhan aku terbantut & menyebabkan aku menguap seluas-luasnya petang esok di dalam hospital semasa praktikal! Komplikated x ayat aku!Biasala,x cukup tido kan..Ngeh3..

Adoi,..Alhamdullilah..aku masih lagi berupaya menghirup oksigen rahmat Allah SWT pada tarikh 27 Julai 2012.Hidup perlu diteruskan.Semakin lama aku kat UniSZA ni semakin bertambah tanggungjawab.Mungkin Allah SWT lebih mengetahui kenapa tanggungjawab itu digalas atas bahu aku yang sasa ni..(Errrrr,,,.)

Apapun terlibat dengan persatuan fakulti & kelab membuatkan aku kadang-kadang bimbang dengan expectation manusia-manusia kat sekeliling aku,bimbang dengan keupayaan aku,bimbang dengan apa yang dapat aku sumbangkan,bimbang,bimbang,bambang,bumbung,..

Buat masa ni,aku cuma menunggu detik hari bersejarah bagi kakak aku,7 Julai nanti..Nak meraikan dia sebagai raja sehari...I Cant Wait!




Tuesday 5 June 2012

Soalan

Assalammualaikum..

Dekat luar tu dah mula mendung...Selesa sikit aku rasa..Kalau hari panas bilik ni rasa berkuap..Belengas!
Aku terfikir tentang tanggungjawab hari ini...Mungkin sebab aku banyak membiarkan tanggungjawab aku terabai terutamanya dalam urusan seharian aku..Mungkin juga sebab aku rasa yang aku mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan kesusahan orang lain...

Aku terfikir,kalau aku tak mahu bertanggungjawab kenapa pada awalnya aku ambil keberanian untuk menggalas tanggungjawab yang diberi..Adakah kerana aku mahu menonjolkan diri aku semata-mata ataupun aku terlampau merasakan yang diri aku layak untuk memikul tanggungjawab itu..Dan jika jawapannya "Ya!Aku mampu" mengapa sekarang aku biarkan tanggungjawab itu terapung-apung diatas langit umpama layang-layang tak bertali...

Aku terfikir,mampukah sebenarnya aku???Bersediakah aku???Sebab kadang-kadang apa yang kita sangka kita mampu sebenarnya jauh daripada kemampuan kita sendiri..Tapi kalau kita betul-betul berusaha tiada yang mustahilkan..Jika manusia mampu sampai ke bulan..Mustahil itu umpama satu perkataan sahaja...Dan bila menyebut tentang usaha..Aku terfikir dimanakah usaha aku???Dan ia membawa kepada persoalan lain.Apa sebenarnya matlamat aku??? Apa yang mampu aku lakukan??

Dan..aku masih lagi bersoal jawab...

Wednesday 30 May 2012

Anak Kampung


Assalammualaikum!Ohaiyo Gamasunsun!

Lama sudah aku x memblog kan diri aku..Sejak aku kuciwa dengan segala yang terjadi pada blog ini..Tapi aku telah mendapat semangat baru untuk menulis selepas menghabiskan masa selama 30 minit untuk membaca entri-entri lama aku.. (-..-)"  ..Nampak sangat tak de keje.
.
Walau apapun yang berlaku..kehidupan harus diteruskan ..tetibe.. Untuk pengetahuan reader semua(bajet Zack Zuhairi plak kann)..aku skang berada di kampung halaman ku yang tercinta dan panas permai..FELDA PALONG 6..Ohoyyyy...(masuk lagu Cek Mek Molek)..

Ahh..Indahnya terasa disini,kembali menghirup bau-bauan bunga kemboja..(mana datang bunga kemboja plak Zam).Hahha..Apapun sebelum aku merepek meraban lebih jauh lagi dan membuang masa korang yang memang dah sedia terbuang membaca blog yang senduu ini...Maka aku nak nyatakan disini yang aku memang happy balik kampung ,walaupun hal yang demikian aku masih dihantui rasa bersalah kerana aku dah membiarkan tanggungjawab aku di universiti iteww terkapai-kapai kehausan umpama anak berudu kehilangan induk kataknya,..What a pathetic life.. Bhahaha..Menambahkan lagi kekalutan hati ini apabila mengenangkan yang minggu depan merupakan Final Exam Sem 4 dan membuatkan lebih berbulu apabila aku belum lagi berjumpa ustaz untuk membaca 4 Surah bagi melengkapkan kredit aku dalam subjek Tajwid..Phewww...

Seriously kalau ikutkan hati aku umpama panas punggung sekarang..Tapi kebahagiaan kat rumah umpama mengaburi mata aku tambahan lagi aku ingatkan nak balik awal naik bus,tapi emak telah mencadangkan aku naik kereta dengan along balik Terengganu hari jumaat ni memandangkan Along nak balik Kelantan..Uhuhu..
Quote aku untuk hari ini adalah keluarga adalah segala-galanya..Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia asal masih adanya keluarga aku (familiar x ayat ni..:P)..

Dan aku tersangatlah kendatipun merasa bahagia apabila kepulangan aku kali ni ramai yang ada kat rumah minus along & familinya..Tambahan lagi bila akak aku telah dirisik dan dipinang..selamat lagi seorang anak perempuan mak ayah..kami waiting for kak cik punye prince charming datang ambil dia tak lama lagi..Hopefully..Dan yang seronok lagi bila aku lepak sama-sama mak ayah dengar bang cik On Air di Radio Negeri FM menjadi ahli panel berdiskusi bersama kawan kawannya tentang topik semasa..bangga mak ayah woo..Hope suatu hari nanti aku dapat buat diorang senyum macamana diorang senyum masa dengar suara bang cik kat radio tadi ... :)

Dan banyak lagilah keseronokan berganda aku dengan famili..lepak bagi makan ikan yang makin membiak-biak kat kolam kami tew..lepak pi beli barang untuk kahwin Uda nanty..angkat batu p letak belakang rumah (-..-)' dan paling best lepak gelak-gelak satu famili di petang hari sambil mengacau mak yang kuat melatah..Hahha..Home Sweet Heaven Honey Home!


Boleh tak kalau aku nak amek diploma jarak jauh untuk sem 5 & 6 nanti..Ada kemungkinan ke diluluskan..bhaha..Memang mimpi di tengahari yang panaslah!

Till then,have a sweet day everyday everybuddy!

Tuesday 1 May 2012

Mari menderma!! Yeba!Yeba!

Assalammualaikum..

2 hari lepas aku nampak kotak ni tersadai kat bawah Blok Q tingkat bawah kampus Gong Badak,UniSZA (skali alamat penuh aku kasi) masa aku balik dari makan aiskrim Walls Cornetto Black & White,sumpah sedap aiskrim ni dua perisa berbeza yang digabung menjadi satu dan cair di dalam anak tekak aku tika panas membakar lemak....
Black & White U are Mine! Myehhehe... *gambar curik kat Google*

Then semalam aku nampak kotak ni tersadai bawah Blok O,Kolej kediaman aku masa aku turun meroyan kat aras bawah disebabkan kebosanan melampau,..dan 10 minit kemudian aku telah mengisi baju-baju ni dengan selamatnya kedalam kotak tu! heh!
Baju ni manyak kenangan meyh...





Dah basuh Ok.. heheh




 Huh! Puas hati.. Sebenarnya pada awalnya aku ingat nak jual baju-baju ni kat bundle.. Tapi Apito & Muiz telah meyakinkan akut tak de orang nak beli baju-baju aku..hahha.. kalau tak aku dah letak kat Mudah.Com da.. Cett.. Semoga anak-anak yatim ni dapat manfaat dari baju-baju aku ni ,atau at least jadi stylo macam aku (muntah darah!Sejak zaman bila pulak ko stylo Zam) ...Ingat-ingat balik,masa kecik-kecik dulu family aku sokmo pakai baju derma orang..orang susah la katakan..Berebut kami pilih baju kalau orang bagi derma baju tu..seguni kadang-kadang diorang bagi. Sadis pulak kenangkan..Hahha.. Dan aku rasa its a good time for me to pay back! Ganbatte!!


Thursday 19 April 2012

Takde Tajuk,Tak Tau Nak Letak Tajuk Ape??

Assalammualaikumm..
Walaweyy..Fenin aku ngan patient2 kat wad..Hmm..dorang pon sebok nak berpolitik smpy aku yg hanyalah jururawat pelatih terpaksa berdebat manja dengan pendapat diorang..Aku terima pendapat mereka janji rasional..Bak kata kawan aku...Fikir Logik! (pasni aku nak daftar sebagai calon bebas la..Hahhaa)

Okeyh,bukan isu tu pon aku nak cakap sebenarnya....Aku x de isu pon nak cakap sebenarnya.. (Ko ni meroyan ape zam?) ..Ahhh..persetankan semua tu..walaupon x de benda nak cakap aku still nak tulis blog gaks harini! How i hope i was at Korea now lepas baca blog Fatin Liyana.. Hailaaa... Aku nak travel jugak!!! Aeh,cepatlah kerja!Aku nak dwett! (*ka-ching,ka-ching* $$$$$$$)..

Hmm.. aku bosan da keje kat wad..Dua hari  menghadap Peritoneal Dialysis yang kene monitor selama 24 H tu je da membuat kan aku buhsan! Rasa macam nak planking kat atas lantai wad je..atau maybe dekat atas mesin haemodialisis..Myehehehhee....Seriesly aku x nak keje dalam wad bila jadi Staff Nurse naty..Hailaaa... Macamana la aku nak jadi staff nurse.. Mampu ke aku? Heh!
Nak mcm ni ke?
Atau mcm ni..hmmm..

Terlanjur cakap pasal haemodilisis & peritoneal dialisis ni,selaku seorang student nurse yang bertanggungjawab lagi mempunyai empati yang maha dasatt (okey,enuf wif the hiperbola),aku nak la nasihat korang supaya menjaga buah pinggang dengan baik..Before aku mencarut lagi,lemme tell u bahawa Peritoneal Dialysis & Haemodilisis ni adalah prosedur yang dilakukan sebab kidney failure la..But obviously PD & Haemodialisis bukanlah 1 prosedur yang sama..Its differens..Nak cite detail pon x guna..Korang p tanye Uncle Google la.. Cume nak cakap kat sini,bila our kidney fail to do his/her job maka agak meranalah seumur hidup bila terpaksa bergantung kepada mesin dan ditebuk-tebuk badan kita segala bagi (scary meyh?) .Satu lagi jangan makan maggie slalu,u know megi,mee segera,putteyy karamandey(okey yg ni tipu je), sebab megi boleh merosakkan buah pinggang kita!!! (tolonglah takot skang) ..Kalau korang nak sangat makan megi pon pastikan korang minum air kosong banyak-banyak lepastu ye!Punca kidney failure ni bukan takat makan meggi je la banyak lagi..boleh jadi jugak hereditary,so on,so on,. (kindly,ask uncle google please)...

Last but not least (hape punye skema)... Happy Jumaat la ye kawan-kawan!

Saturday 14 April 2012

I Mencik Part Ni!

Assalammualaikum...

Like forever aku x jengah blog budak hingus ni..Adeiii..
In the meanwhile (macam story ape je) aku x berapa betul buat masa ni,,Hmm..Wonder kenapa aku selalu x brapa betul dan hilang pertimbangan diri selain mengalami delusi tahap susah nak faham akhir-akhir ni..
Adakah aku mengalami sindrom pra-andropous yang menyebabkan aku sentiasa merasa irritability,x sedap hati,jealousy yang melampau dan ketidaktenangan otak.Heh (ke sebab ko lama x mengaji Quran Zam?-sentap) Hhahaha...

Pakebenda pon yang berlaku semasa ni aku nak menyanyi lagu Pussicat Doll-I Hate This Part sambil mengibas-ngibas rambut depan kipas siling yang sedang berputar pada tahap 5....(-..-)"
Aku perlu muhasabah diri!!! Aummm...Semangat Harimau Muda!

Anyway..aku da start praktikal untuk 2 minggu sudah...Tukar group baru..da x segrup ngan Incik Badat & Puan Sidah...hukhuk..New group,new challenge,new mission! (katanyaaa..)

2 minggu awal ni boleh kata agak pending skett...Dan aku mampu melepaskan nafas semput dengan selesa lepas bagi talk kat budak Form 3..Scary...Lack of confidence but i manage to talk well..Alhamdullilah..Tak sangka aku mampu buat ("budak Form 3 je kowt Zam"-Ahhh...aku x kisah!,nak bangga jugak)

And,I miss my home!Haritu webcam ngan mak,ayah & lain2...First time aku main webcam segala bagai ni (betapa ketinggalan zamannya)..Tapi,aku rasa aku lagi suka cakap fon rather than via cam..Its feel weird..(-..-)"..Rasa macam aku boleh nampak gigi aku yang besar sengih kat screen sambil terkebil-kebil keblurrrran bila x de modal nak cakap..Heh..

Dan untuk terakhir sekali..I still find myself so annoying! Need to reflect my action!Ohhh..tolonglah..

Sunday 18 March 2012

Nasihatilah Aku,Dia & Mereka Part 2!

Assalammualaikum..(Terfikir..kenapa x bagi salam sebelum ni before tulis entri-entri..)


Nasihat...Dulu aku penah tulis pasal nasihat-menasihati ni..(Nasihatilah Aku,Dia & Mereka (Part 1)
Kali ni aku nak cakap lagi sikittt jee... Dengan ilmu yang x seberapa ni..
Hmm..Macam yang kita semua tahu,nasihat ni x salah..Semua orang berhak memberi nasihat yang baik,menyampaikan perkara yang baik walaupon sepotong ayat.. 
Tapi kadang-kadang sama ada kita semua perasan atau tak..Cara kita menasihat orang tu tak kena dari segi Bahasa&Gaya&Rasa nya menyebab kan nasihat yang kita cuba sampaikan tu bertukar menjadi punca perbalahan,fitnah dan sebagainya..Sedangkan padahal niat asal kita baik,ingin menegur..
What I mean here,the way we delivered the nasihat...Ton suara,cara&gaya bercakap,penggunaan ayat,etc,,,..
Contohnya..
  1. Kau jangan nak jadi macam anjing  la hari-hari dok menyalak,buat bising..
  2. Timah,aku tau la aku pun tak baik..Tapi ko tengok la cara ko pakai ni..macam perempuan "tuttttt" jee,..
  3. Korang ni perangai tak mencerminkan orang Islam langsung,ko tau tak ciri-ciri ahli neraka tu ade dah sikit kat kau!
  4. *Pandang atas ke bawah dengan muka yang menjengkelkan sambil mencebik-cebik tapi x berani nak datang tegur,pusing kat kawan dok bisik-bisik*
See,...Mungkin contoh di atas agak ekstrem tapi yang no 4 tu pernah terjadi kat aku..Hahhahaa...
Sebenarnya bagi aku,kita boleh nak menasihati orang tapi first sekali,kita lihat dia jenis yang boleh terima cara nasihat yang macamana supaya dia tak salah faham dengan niat kita,kedua,kalau betol nak menasihat,nasihat lah dengan berhikmah bukan menghukum..Kita tak mampu nak ubah orang dalam satu hari waima seminggu pon..tapi kita boleh lakukan secara slow-slow ataupon secara memberi contoh yang mampu membuatkan orang tu berfikir semula tentang tindakan dia....Contohnya,ustaz yang nasihat aku jangan pakai seluar pendek dulu..Instead dia terus hentam gaya pemakaian aku dia bagi contoh kalau kalau aku nak jumpa mak mentua takkan aku nak pakai kurang sopan inikan pula berjumpa dengan Allah SWT...Dan yang ketiga,jangan gunakan simulasi "pukul anak sindir menantu"..Hahaha...Maksud aku cara sindiran yang akan membuat orang tu malu dan mengaibkan dia..You boleh bawak dia jauh sikit dari khalayak and talk slowly,dengan cara yang baik,InsyaAllah ia memberi kesan terus ke hati,...
Aku pon sangat-sangat tak perfect...Aku bukan orang yang baik ...Aku tak pandai nak memberi nasihat dan kadang-kadang sebagai manusia yang kategori biasa ni aku malu nak memberi nasihat...Sebab ilmu aku tak cecah kuku kaki aku pon lagi..Kita sama-sama memperbaiki diri..
Dan satu lagi jangan label aku BAIK sebelum kenal aku betul-betul sebab apabila aku buat salah,ada pihak akan kata.."Ingatkan dia ni baik,rupanya......" ataupon "Dia tak baik pon lah..sok sek sok sek..".
Please,Aku tak baik...Hahahha...Tapi aku tak nak korang jadi tak baik macam aku..Heh!

p/s:kalau ade salah cakap mintak kongsi sama untuk diperbetulkan dan kalau nak lagi sedap dengar sila jumpa ahli agama yang lebih ariff...

Saturday 17 March 2012

Everything Happen For A Reason!



Situasi 1
Cik Senah memandu Mercekedis merahnya ke Mydin.Sesak betol tempat parking haritu menyebabkan Cik Senah terpaksa pusing-pusing 2,3 kali untuk parking keretanya yang mewah kononnya...Tetiba mata Cik Senah terpandang satu tapak parking kosong di celah-celah antara kereta Kancil dan Kereta Iswara,dia pon cepat-cepat memberi signal tanda nak masuk tempat parking tu,..Unfortunately,satu kereta BMW terus meluncur laju masuk tempat parking yang Cik Senah dah cop tadi padahal dia da perasan Cik Senah dah aim dan bagi signal dulu..Cik Senah dengan panas hati dan malas nak gadoh terus mencarik tapak parking lain,jauh sedikit dari pintu masuk Mydin..
Lepas habess shopping Cik Senah terus menuju ke kereta Mercekedisnya dan melintasi kereta BMW yang merampas tempat parking dia tadi...Cik Senah menggeleng-geleng kepala apabila melihat kereta BMW yang "kerekk seyhh" itu bermandi taik burung! Dalam hati Cik Senah lega dia tak parking kat situ,kalau tak kereta dia menerima naseb yang sama lebih-lebih lagi dia baru aje hantar keretanya ke car wash pagi tadi..Heh!

Situasi 2
Sameon  kecewa gila bila tunangnya Timah Sandha memutuskan pertunangan mereka kerana terpikat dengan samseng kampung seberang,Aaron Ajis yang berambut belah tengah iteww...Kerena terlampau kecewa Sameon membawa hatinya yang luka ke bandar..Sameon kemudian dipertemukan jodoh oleh ibu ayah nya dengan Elyani yang bertudung litup dan sopan santun tambahan lagi solehah dan pandai mengaji..Berbeza sangat dengan Timah Sandha yang rambotnya umpama tercelup lumpur dan gemar memakai baju adiknya yang berumur 12 tahun itu...Heh!


Situasi 3
Ramli Ram rasa down dan upsett sangat apabila bosnya menaikkan pangkat Gayah Masnawi sebagai Ketua Eksekutif  Pemasaran Syarikat Cemerlang Gemilang Terbilang,padahal dia yang telah 30 tahun berusaha untuk syarikat itu tak pernah dipandang..Ramli Ram pon memutuskan untuk berhenti kerja kerana dia merasakan tidak sesuai lagi bekerja di syarikat itu...Setelah berhenti kerja Ramli Ram membuka kedai runcit secara kecil-kecilan di hadapan rumahnya,rezekinya juga semakin bertambah apabila anaknya yang melanjutkan pelajaran di Universiti telah grad dan mendapat kerja di Firma Guaman ternama dengan gaji yang meletop..top..top..top...Heh!
 T.H.E.E.N.D

Kesimpulannya,sentiasa menerima Qadha & Qadhar Allah SWT dengan berlapang dada dan tidak cepat mengeluh & berputus asa...Dalam masa yang sama sentiasa  percaya bahawa setiap kita ada rezeki masing-masing dan tak perlu untuk sabotaj-mensabotaj,dengki-mendengki malahan sentiasa sama-sama bersyukur apa yang kita ada dan tidak mengeluh dengan apa yang kita tiada tapi berusaha mendapatkannya dengan cara dan niat yang diredhai Allah SWT ! :)


p/s:Ade kaitan x dengan situasi yang aku bagi tu?? hahaha...Ahh..Ada aku kisah!

Friday 16 March 2012

Keypad Lock!


Hensett korang guna "keypad lock" x??Heh..
Aku baru guna menatang keypad lock ni..Cett..Aku bukan ketinggalan zaman atau buta teksno , cuma aku x suke gune keypad lock..sebab..LECEHH!..Bila aku nak bukak nset je mesti dia kata "now press bla bla bla"..Aku menghargai masa okey!Dengan menekan banyak butang2 lain untuk membuka nset aku telah menyebabkan aku membazir 0.0002 saat dalam hidup aku!  *yopoyo je la kaw Zam*
Papepon aku terpaksa jugak meng"keypad lock" kan nset aku sebab dia asik bangat menghubungi atau meng'kol' tanpa aku sedari!Orang yang paling slaloo dia kol adalah mak aku!Terutamanya ketika aku tidur nyenyak di mana situasi bahagian abdomen mahupun deltoid aku menekan pada kekunci nset lalu tanpa sengaja mengkol mak aku dan mengganggu waktu tidur dia sampai menyebabkan mak mengeluarkan keluhan.'Apokono ae jang??"..*Sigh*
Heh!Keypod lock adalah solution dan intervention terbaik aku bagi permasalahan ni! (-..-)"
Dan tetiba aku teringat dulu orang-orang kat kawasan aku slaloo gunakan perkataan "keypad lock" ni sebagai kata cacian tapi di'improvise' sket menjadi "CIPETTLOK!"
Contoh penggunaan :Cipettlok kau!!Asal lambat sangat datang!
Erghh,.Sampai harini aku x faham motif dia...
Okeyh...Happy Saturday guys! Bagi orang yang dok Ganu,mahupun Klate dan sekutunya..Esok da mula kelas!*Sigh*...So,kami x de Monday Blues hanya Sunday Blues..Jangan otak blue sudaa...

Wednesday 14 March 2012

Manusia Ke Ni???

Cute kan??? :)
Tapi sayang...senyuman dia da rentung dibakar  lebih daripada lima hari untuk menghapuskan bukti..
Dirang disuruh ibu dia pegi beli mee segera dan telur RM2..Beberapa hari kemudian polis jumpa mee segera bertaburan..telur yang pecah..satu selipar dalam kebun sawit dan mayat yang rentung dibakar..Motiff??? Apapun motif nya..How Could You!!!! Manusia yang bertopengkan manusia aje yang sanggup buat benda macam ni...

Hukum budak 7 tahun sampai menyebabkan kematian kerana mencuri????Whaddaheck?? BullFish sangat,...7 tahun umur dia..apa yang mereka tahu,..Jalankan lah hukuman macamanapun tapi sampai mati??? He is only 7 years old man???7 years!!! T.U.J.U.H T.A.H.U.N.... Aku malas nak cakap..korang fikirlah sendiri..Yang paling aku benci bila isu "Ustaz" ni pon ada pihak cuba politikkan..(cube korang google)..Kemon la....

Dunia semakin tua...Manusia semakin kejam...Syaitan rancak menggoda nafsu..Sesiapapun boleh dibunuh,boleh membunuh...Mak ayah..jaga anak  baik-baik..Government..please do something...Pembikin filem..please make a more rational film..Tak fikir ke apa yang korang cuba sampaikan dan visualkan mampu mempengaruhi mental manusia dengan alasan cover suci.."sebagai pengajaran??".. Berapa ramai lagi budak-budak kecik yang akan dibunuh..Ye memang ajal mereka dah tiba..But...Have a little humanity please...Frasa "Kita manusia bukan haiwan" dah x boleh pakai..sebab haiwan pon penyayang lagi daripada manusia sekarang..."Kita Manusia jangan ikot telunjuk Setan" lebih sesuai!