Saturday 31 December 2011

2012-The End of The World??




Ohaiyo ramas-ramas hei! hahahah

Oklah..Since harini last day 2011,haruslah bagi aku menulis sempena menyambut 2012! (err..harus ke?) hahaha...


Papepon,2011 bakal melabuhkan tirainya (ayat cliche bila akhir tahun).Mentari di ufuk senja tidak malu-malu lagi menyembunyikan bayangnya disebalik awan,dan esok,mentari ceria bakal menyinari kita! (wah! A+++ BM aku)*matahari pon x nampak kot esok,maklumlah musim tengkujuh.heh!

Bila nak masuk 2012 ni ,ada sesetengah golongan kat luar sana terutamanya orang kafir ,tak kurang jugak segelintir orang Islam yang mempercayai bahawa kiamat akan terjadi! What the Fish? Ramai yang nak bertaubatlah,apelah , tak kurang jugak yang mengajak  berparti liar sempena menyambot kemusnahan bumi  ,contohnya Britney Spears dan Jay Sean (Till the World End & 2012 (It Aint the End)) hahaha...:p

Well,papepon yang pastinya sebagai orang Islam terutamanya kita janganlah nak percaya sangat benda-benda macam ni..Percaya pada kiamat tapi bukan percaya kiamat berlaku 2012!Dua  benda yang berbeza tu ye!Kiamat ni urusan Allah SWT.Tak ada siapa yang akan mengetahui bila kiamat akan berlaku.Wallahualam..Sebagai hambanya,kita juz prepare dengan iman dan amal yang cukup untuk dijadikan bekal kita di sana nanti.

Anyway,Happy New Year 2012 la kepada semua!Dalam sambut New Year ni janganlah pulak ada yang hanyut dek nak kejar 2012 yang tak ke mana tu!Tahun baru ke tak tahun baru,tiada apa yang berbeza,Isnin,Selasa,Rabu,Khamis,Jumaat,Sabtu,Ahad tetap ada je.Yang paling penting kita perlu set minda dan rohani kita untuk sentiasa menjadi yang lebih baik dari masa ke semasa!InsyaAllah! Its not about  when '2012' come we have to change,the willing and determination to change is much  more important!

*since nama aku Azam,x payah kot aku nak buat Azam tahun baru. :p

Friday 30 December 2011

~GSC,TGV,MBO~


Aku  kaki wayang.Tapi sejak aku masuk Uni ni ,hobi aku ni macam da tenggelam ditelan ombak besar! Maklumlah,kat Kuala Terengganu ni kan x da wayang,nak pergi Kemaman ,jauh sangat la pulak..

 Kenapa kebanyakan kita  ni nak jugak tengok satu-satu filem (lagi-lagi yang kita da aim lama) tu kat  wayang,padahal boleh je tunggu DVD kuar , tak pon kalu baik siket,beli cetak rompak je,kalu nak jimat lagi,Download je lah..Heheh!

Yang pastinya bagi aku,tengok movie dekat cinema dengan tengok movie dekat laptop ataupon TV  banyak bezanya walaupun jalan cerita movie tu tak berubah walau tayang kat mana pun..heheh..

Kepuasan tengok kat cinema ni lain! Dia memberi satu feeling yang lebih mendalam kepada movie tu..Kadang-kadang movie tu biasa je..tapi bila tengok kat wayang dia jadi syok.Aku bagi contoh aku tengok Lagenda Budak Setan  dekat wayang dengan dekat TV melalui DVD,bila tengok kat wayang aku boleh relate dengan jalan cerita movie tu,tapi bila kau bukak kat TV ataupun tengok kat lappy aku rasa jalan cerita  dia sangat lembab dan x feel langsung! hahak!

Satu lagi bila tengok kat wayang ni ,kalau cerita tak bez pon  x rasa terok sangat! Sebab ada memory pada movie tu..Contohnya,kita tengok wayang dengan kawan-kawan ataupon someone special ,cerita tak bez pon boleh ingat jalan cerita dia sampai bila-bila kan..Contoh bagi aku,movie Karipap-Karipap Cinta yang sumpah aku agak irritate dengan pelakon dia (jalan cerita agak bagus sebenarnya) .Tapi sebab masa tu aku tengok movie ni dengan kawan-kawan aku,movie tu still jadi bahan kitorang sampai sekarang!

Apapun ,tengok movie kat wayang lebih memberi kepuasan kat aku,kadang-kadang bukan nak tengok movie sangat tapi just nak chill dengan member-member & kakak-kakak aku ..heheh.. Nak balik N9 cepat!

*PopCorn cinema lagi sedap anyway..:p


Thursday 29 December 2011

Kopi & Teh yang dah Basi~

Huahh!! Setelah ke'tensyenan' kerana blog aku tak boleh dibukak (sebab lupe pasword..dasar alzheimer) ,akhirnya 'Kisah Budak Hingusan' aku ni,bangkit dengan bangganya!  *Treng teng teng,teneng teng teng tengg.... (ikot pandai korang la nak buat rentak macamanapon)



'Kisah Budak Hingusan'  yang lepas karya kopi & teh dah dikuburkan tanpa nisan..Seriously ,aku tak boleh log in! Tsk..tsk..Dengan pupukan semangat dari Encik Badat yekeye Badariah Bakri aku telah meng 'kopi' dan men 'paste' kan entri2 Kisah Budak Hingusan yang dulu dalam blog 'Kisah Budak Hingusan' ni! (ada pusing tak) haha..

Apepon,Ho HO ho!! Yahoot!!I Will Survive!!! ceh!

Sukses!Sukses!

Oh Hospital!



Pernah tak korang pergi hospital untuk melawat sedara-mara atau sahabat kerabat korang?

Kat negara Malaysia ni,masyarakat kita kebanyakkannya boleh dipuji nilai ingat mengingati dan empati mereka,sebab tu kalau ada saje kenalan yang sakit atau di 'admit' kan ke hospital,ramai yang sebok nak menjenguk,ade jugak dengan niat nak makan KFC (hospital sebelah KFC) ataupun bersiar-siar di bandar lepas melawat (biasa la..hospital mesti kat kawasan bandar kan.. :P) Bak kata orang sambil menyelam,minum air!

Budaya jenguk menjenguk dan ziarah-menziarahi orang sakit ni  memang sangat digalakkan dalam Islam sendiri danhukumnya pun sunat muakkad,iaitu sunat yang dituntut!Kat sini,aku bukan nak 'mengharamkan' korang ziarah kenalan yang sakit di Hospital,cuma memohon secebis pengertian tentang pentingnya perancangan ziarah pesakit kat hospital! (sopan betol ayat aku sejak akhir-akhir ni,bangga Cikgu BM)

Geng kedai kopi sangkot kat hospital,diorang pon feel2 hospital macam kedai kopi!Asal Boleh!

  • Jangan melawat secara 'konvoi'.Kapasiti sebuah wad tu tidaklah terlalu luas (kecuali hospital swasta tu lain cerita),so  bila korang melawat beramai-ramai,kesesakan berlaku,dan ini jugak memudarat kan pesakit (terutamanya yang sakit berkaitan pernafasan)  kerana pengaliran udara yang kurang baik!
Mari Berpiknik!!

  • Jangan melawat seperti nak 'berpiknik',siap dengan bakul makanan,KFC(asal sakit je beli KFC),buah-buahan segar,ada jugak yang bawak tikar ,siap bentang macam betol2 berpiknik (x tipu OK).Makanan yang korang bawak untuk kenalan korang yang sakit tu kadang-kadang x sesuai dengan diet yang ditetapkan pakar pemakanan,nanti korang bukan wat dia bertambah sihat,tapi makin sakit!Kalau nak bawak pun ,pastikan tanya staf nurse atau health care team yang lain dulu sama ada boleh x  pesakit tu makan makanan yang korang bawak!
Nampak tak Nampak??

  • Jangan melawat  melebihi masa lawatan!( kecuali dengan kebenaran).Bila korang melawat lebih masa,perkara ni kadang-kadang menyukarkan kerja-kerja nurse ataupon doktor untuk melakukan prosedur kepada pesakit,korang jugak berpotensi menganggu ketenteraman pesakit lain!Dalam Islam jugak antara adab ziarah pesakit adalah memendekkan waktu ziarah untuk memberi peluang pesakit berehat,makan ubat  dan selainnya!

  • Jangan melawat bukan pada waktu melawat! Tang mana yang korang x faham? Terang-terang tulis masa melawat jam 12:30 -2 petang dengan 4:30-7 petang,tiba-tiba pukul 10 pagi  ataupun pukul 2 petang korang da tecongok sebok nak masuk wad,bila orang x kasi,marah pulah.Haiz..'Melawatlah pada waktu melawat!'

  • Jangan bawak kanak-kanak bawah umur 12 tahun datang melawat! Kanak-kanak mudah tekena jangkitan kuman-kuman dan bakteria yang sentiasa berterbangan kat sekitar udara wad tu!So,bila korang bawak masuk budak,tak pasal-pasal mereka yang x bersalah ni dapat penyakit-penyakit merbahaya!So,BEWARE!
So,kesimpulannya,jadilah pelawat hospital yang bijak,berdedikasi lagi memahami! hahahak! :p


Too Proud Can Make Me Sick!

'Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga, siapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah kesombongan.” Maka seseorang berkata: “Bagaimana dengan seseorang yang suka memakai baju dan selipar yang cantik?” Maka berkata Rasulullah: Sesungguhnya Allah itu maha indah dan cinta pada keindahan (maksudnya, pakaian indah tidak selalu bererti kesombongan). Alkibr (kesombongan) itu adalah menolak kebenaran dan memandang rendah remeh orang lain.” – (Hadis riwayat Muslim)'




Haip! Harini aku mengalami satu situasi dengan seorang manusia yang terlalu angkuh dengan jawatan yang dia miliki.Dialog  'Dia tak kenal ke saya siapa?' (ditujukan kepada aku frasa 'DIA' tu!) sangat-sangat meng'hangin' kan aku!Actually,yes,memang aku tak kenal! 


Setinggi manapun kita berada,seagung mana pun jawatan yang disandang,sehebat mana pun kuasa kita,tolonglah berpijak di bumi yang nyata!Apa guna lah korang nak sombong-sombong sangat,tanah yang kau pijak ni milik Allah SWT jugak,udara yang kau sedut ni milik Allah SWT jugak,event jawatan yang kau sandang ni dengan izin Allah SWT! Kalau satu waktu nanti dia tarik balik,baru masa tu tahu langit tu tinggi rendah!






Walau beribu tahun pun jarak darjat kita,kita tetap sama ,MANUSIA! Darah kita tetap sama merah,kalau aku tikam kau tetap berdarah,.Heh! 


Jangan angkuh sangat dengan apa yang dimiliki!Tak rugi  pon nak cakap elok-elok tanpa meninggi suara,tak kering pun duit dalam bank kau kalau sedekahkan senyum sebelum menegur! Kalau hidung tak tinggi sejak lahir,jangan nak tinggi-tinggikan hidung tu bila da jadi somebody! hahah!






Kesombongan hanya memakan diri dan menunjukkan kebodohan kita yang tak memahami bahawa pemilik segala apa yang ada ni adalah Allah SWT dan Dia tidak pernah sekali sombong pada hambaNya,inikan pulak kita hamba yang hina,masih berani bermegah diri berjalan di atas bumi Allah SWT!

Versus~ (Buat Kaum Aku)




Lelaki-lelaki yang membaca blog ni ..(kalau adelah)..

Jangan senang-senang menjanjikan kata cinta kepada perempuan-perempuan kat luar sana,dengan niat mahu merosakkan mereka..dengan niat kau nak mempraktikkan peribahasa 'habis madu sepah di buang!'Fahamilah,wanita tu dicipta untuk kita lindungi.Wanita tu adalah tanggungjawab  kepada kaum adam oleh Allah SWT,wanita tu satu amanah!

Kalau korang rasa sedap sangat nak 'mencemar duli' anak dara orang,ingatlah satu masa nanti,adik beradik perempuan korang ataupun anak perempuan korang akan di'cemar duli' pulak oleh lelaki lain! Believe me,what goes around comes around!


Kaum lelaki,kalau kepuasan 'benda tu' yang korang cari,pliz kawen cepat-cepat,terutamanya bagi kaum MELAYUyang beragama ISLAM! Percayalah,' benda tu' akan lebih indah apabila ia halal!Seronok ke  'try-try' berpuluh perempuan? Seronok ke buntingkan anak orang?Seronok ke hit & run?Sabarlah..jangan ikut sangat budaya orang,pegang teguh la pada kepercayaan kita!



Buat kawan-kawan perempuan aku!

Lindungilah maruah korang,percayalah,perempuan  yang lebih berkuasa dalam menolak keinginan bodoh dari kekasih hati korang!Percayalah,cinta tak perlu dibuktikan dengan menyerahkan maruah! Jangan sesekali humbankan  mahkota korang untuk buktikan yang kau benar-benar sayang dia.Fikir! Kalau dia betul sayang korang dia takkan mengheret korang melakukan dosa!Kalau dia betul sayang korang,dia berusaha sedaya upaya untuk 'menghalalkan' hubungan tu!


Tolong jangan 'kotorkan' lagi cinta!Tanamkan sedikit malu dalam diri kita,supaya kita still rasa terbatas untuk melakukan perkara-perkara  macam ni.Mahalkan maruah kita,biar suami atau isteri kita yang halal menjadi orang pertama untuk segalanya!

Biarlah dunia ni semoden macam manepun,jangan 'modenkan' maruah kita,jangan terlampau modenkan pemikiran kita sampai bab-bab macam ni kita pandang ringan!



Sekian,terimakaseh.

Jururawat Lelaki




Jururawat lelaki.Ramai yang pandang pelik bila aku sebut aku belajar kos nursing ataupon mak bapak aku kata dekat kawan-kawan and sedara mara kami yang aku amek Diploma Sains Kejururawatan dekat Universiti.

Ramai yang konon-kononya terkejut ataupon tak pernah dengar selama ni bahawa Jururawat Lelaki itu wujud!

 Well Hear this peeps! (jangan menguap)

Jururawat lelaki sebenarnya bukanlah sesuatu perkara baru..Menurut sejarah,jururawat lelaki telah wujud sejak berabad yang dahulu!! Di Rom pada abad ke-3 satu pasukan dikenali sebagai 'Parabolani' telah ditubuhkan.Persatuan ni merupakan satu organisasi yang terdiri daripada lelaki-lelaki yang dipertanggungjawabkan untuk  merawat dan menjaga para comrades yang tercedara dalam peperangan!Of kos la mereka tidak digelar nurse pada masa ni..Tapi secara x langsung mereka ni sebenarnya adalah nurse!Dan pada zaman dulu jugak  sebelum kita merdeka dekat Amerika nu male nurse memang telah wujud sampai la pada tahun 1901, United States Army Nurse Corp telah ditubuhkan dan diorang telah menetapkan bahawa kerjaya ni hanya exclusively for women only dan lelaki telah di 'exclude' kan dari menjadi nurse supaya diorang dapat berkhidmat untuk negara dalam peperangan!Hinggalah pada tahun 1980-1990,kekurangan tenaga kerja jururawat telah membawa kemunculan balik nurse lelaki dekat Amerika sana! (*sumber Wikipedia & Male Nurse Magazine)



Ok!Kalau dekat negara luar jururawat lelaki bukan sesuatu yang asing,tapi kat negara kita ni  wanita lebih established sebagai jururawat sejak dari zaman tok moyang kita lagi..Jururawat lelaki merupakan satu skop bidang yang baru bagi kaum adam dekat negara kita ni!Sebab tu lah bila kita aku kata aku belajar sebagai jururawat ramai akan tersengih-sengih ataupon wat muke pelik! Well,now jangan  pelik lagi ye..:p

Masih ramai lagi kaum lelaki kat luar sana tak berminat nak jadi jururawat.Sebab kami sentiasa di 'momokkan' dengan pemikiran ortodoks masyarakat kita yang mengatakan lelaki yang mengambil bidang kejururawatan ni semuanya terdiri daripada mereka-mereka yang 'adik-adik' ,patah-patah' ataupun lebih 'lembut gigi dari lidah'..Hahhaha..Well you are totally wrong!Aku tengok kawan-kawan lelaki aku yang amek nursing ni semuanya 'katang-katang' belaka dan tak pernah pulak diorang kantoi main anak patung  depan aku mahupun berubah gaya pakaian apabila malam menjelma!tak dinafikan ada segelintir jururawarat lelaki yang macam tu tapi macam jururawat perempuan jugak,mesti ade yang 'tomboy' kan!So jangan nak label-label sangat la.:p Selain tumasyarakat kita masih lagi berpegang pada  stigma bahawa kerjaya jururawat tu hanya untuk perempuan!




Banyak lagi sebab-sebab yang menyebabkan ramai lagi lelaki kat luar sana yang tak mengetahui mahupun memahami apa kelebihannya  ambil bidang kejururawatan ni!Jururawat lelaki sangat penting dalam hospital,sama penting dengan tugas jururawat perempuan!Insya Allah dalam entri seterusnya aku senaraikan sebab-sebab kenapa lelaki x nak jadi nurse!



Dont think about the gender,think about the profesion and what you can contribute for our community,religion and country!  Hail for all the men who take the challenge and stand up to become a NURSE! :p

Travelog 5 - Pesta Penang Sg Nibong!

Mai , mai cek mai!!
Laaa ni ceq nak cita pasai Pesta Penang Sg Nibong..Pakat-pakat mai sini na!


Burung beno aku cakap loghat utara..Bak kata kawan aku da bunyik Indon telepas..(-O-)
Well...da agak berhabuk gak aku tak tulis pasal travelog aku yang x seberapa ni.So arini aku nak cita pengalaman aku bercuti kat Penang dan menyinggah selama 2 malam dekat Pesta Penang Sungai Nibong! Tapak pesta dia sebelah ja dengan stesen bus Sg Nibong tu!

Pesta penang ni berlangsung selama sebulan lebih.Start dari 28 November sampai la 1 Januari 2012nanti!Pesta Penang ni da kira macam satu kemestian setiap hujung tahun dekat PP..Al-maklumlah,time tu budak-budak pon tengah cuti sekolah..Nak masuk pesta ni kene bayar tiket sejumlah RM 3,murah ja..Pesta  ni  start dari jam 630 petang sampai la 1130 malam,kadang-kadang terlajak sampai 12.

Tiket Masukk!!

Dekat Pesta Penang ni banyak la yang dia sediakan..Ada macam-macam gerai dan booth-booth yang dia bukak.Ada jugak game-game berkonsepkan funfair macam :

Paling mahal! 12 TOKEN sekali masuk!


Merry Go Round sampai pening!
Wheel yang aku x sempat nak naik! :(

Aku dapat menatang ni main game token racing kereta mainan! :p

Banyak lagi game lain,Bumper Cars,360 degree yang rasa nyawa dihujung tanduk kalu main tu,roller coaster mini,masukkan gelang besi dalam botol tu,pancing itik gembo-gembo..Macam-macam  lagi la,terlalu banyak nak sebut kat sini..Heheh!

Kalau korang cadang nak dok lama kat sini,aku cadangkan korang bermalam dekat TRH Hotel..Seberang jalan je dengan tapak pesta!Kat Penang ni susah nak carik hotel murah..Biasa la Penang kan kos sara hidup agak tinggi..Untuk pakej single  room (bagi traveler yang  berdua pon muat,katil dia besa) dia caj RM 60 satu malm..Kira ok la..tapi tandas kat luar,bilik ada air-cond,selesa,cantik ,ade tv! heheh

TRH Hotel yang agak selesa dan dekat ngan Tapak Pesta!

Malas nak cita panjang..Ni antara aktiviti-aktiviti aku kat pesta tu.. Lihatlahh..(*dengan ekspresi muka yang agak suci)

Crocs paling besa! Kepala pon boley masuk deyy!

Geram aku main token cabutan bertuah! x dapat pun katak beso ni!
First time aku 'dilukis'! Penat taw Cover muka! hahha

Kartunis Binjai! hikhik
Tadaaaa!! Ada rupa aku x?? (-o-)'

So...banyak lagi destinasi aku jalan-jalan kat penang,tapi bukan tempat pelancongan la,shopping mall!:p hahaha...Tak sabar nak p Lenggong sebulan lagi! :D