Pernah tak korang pergi hospital untuk melawat sedara-mara atau sahabat kerabat korang?
Kat negara Malaysia ni,masyarakat kita kebanyakkannya boleh dipuji nilai ingat mengingati dan empati mereka,sebab tu kalau ada saje kenalan yang sakit atau di 'admit' kan ke hospital,ramai yang sebok nak menjenguk,ade jugak dengan niat nak makan KFC (hospital sebelah KFC) ataupun bersiar-siar di bandar lepas melawat (biasa la..hospital mesti kat kawasan bandar kan.. :P) Bak kata orang sambil menyelam,minum air!
Budaya jenguk menjenguk dan ziarah-menziarahi orang sakit ni memang sangat digalakkan dalam Islam sendiri danhukumnya pun sunat muakkad,iaitu sunat yang dituntut!Kat sini,aku bukan nak 'mengharamkan' korang ziarah kenalan yang sakit di Hospital,cuma memohon secebis pengertian tentang pentingnya perancangan ziarah pesakit kat hospital! (sopan betol ayat aku sejak akhir-akhir ni,bangga Cikgu BM)
Geng kedai kopi sangkot kat hospital,diorang pon feel2 hospital macam kedai kopi!Asal Boleh! |
- Jangan melawat secara 'konvoi'.Kapasiti sebuah wad tu tidaklah terlalu luas (kecuali hospital swasta tu lain cerita),so bila korang melawat beramai-ramai,kesesakan berlaku,dan ini jugak memudarat kan pesakit (terutamanya yang sakit berkaitan pernafasan) kerana pengaliran udara yang kurang baik!
Mari Berpiknik!! |
- Jangan melawat seperti nak 'berpiknik',siap dengan bakul makanan,KFC(asal sakit je beli KFC),buah-buahan segar,ada jugak yang bawak tikar ,siap bentang macam betol2 berpiknik (x tipu OK).Makanan yang korang bawak untuk kenalan korang yang sakit tu kadang-kadang x sesuai dengan diet yang ditetapkan pakar pemakanan,nanti korang bukan wat dia bertambah sihat,tapi makin sakit!Kalau nak bawak pun ,pastikan tanya staf nurse atau health care team yang lain dulu sama ada boleh x pesakit tu makan makanan yang korang bawak!
Nampak tak Nampak?? |
- Jangan melawat melebihi masa lawatan!( kecuali dengan kebenaran).Bila korang melawat lebih masa,perkara ni kadang-kadang menyukarkan kerja-kerja nurse ataupon doktor untuk melakukan prosedur kepada pesakit,korang jugak berpotensi menganggu ketenteraman pesakit lain!Dalam Islam jugak antara adab ziarah pesakit adalah memendekkan waktu ziarah untuk memberi peluang pesakit berehat,makan ubat dan selainnya!
- Jangan melawat bukan pada waktu melawat! Tang mana yang korang x faham? Terang-terang tulis masa melawat jam 12:30 -2 petang dengan 4:30-7 petang,tiba-tiba pukul 10 pagi ataupun pukul 2 petang korang da tecongok sebok nak masuk wad,bila orang x kasi,marah pulah.Haiz..'Melawatlah pada waktu melawat!'
- Jangan bawak kanak-kanak bawah umur 12 tahun datang melawat! Kanak-kanak mudah tekena jangkitan kuman-kuman dan bakteria yang sentiasa berterbangan kat sekitar udara wad tu!So,bila korang bawak masuk budak,tak pasal-pasal mereka yang x bersalah ni dapat penyakit-penyakit merbahaya!So,BEWARE!
So,kesimpulannya,jadilah pelawat hospital yang bijak,berdedikasi lagi memahami! hahahak! :p
No comments:
Post a Comment