Thursday, 29 December 2011

Versus~ (Buat Kaum Aku)




Lelaki-lelaki yang membaca blog ni ..(kalau adelah)..

Jangan senang-senang menjanjikan kata cinta kepada perempuan-perempuan kat luar sana,dengan niat mahu merosakkan mereka..dengan niat kau nak mempraktikkan peribahasa 'habis madu sepah di buang!'Fahamilah,wanita tu dicipta untuk kita lindungi.Wanita tu adalah tanggungjawab  kepada kaum adam oleh Allah SWT,wanita tu satu amanah!

Kalau korang rasa sedap sangat nak 'mencemar duli' anak dara orang,ingatlah satu masa nanti,adik beradik perempuan korang ataupun anak perempuan korang akan di'cemar duli' pulak oleh lelaki lain! Believe me,what goes around comes around!


Kaum lelaki,kalau kepuasan 'benda tu' yang korang cari,pliz kawen cepat-cepat,terutamanya bagi kaum MELAYUyang beragama ISLAM! Percayalah,' benda tu' akan lebih indah apabila ia halal!Seronok ke  'try-try' berpuluh perempuan? Seronok ke buntingkan anak orang?Seronok ke hit & run?Sabarlah..jangan ikut sangat budaya orang,pegang teguh la pada kepercayaan kita!



Buat kawan-kawan perempuan aku!

Lindungilah maruah korang,percayalah,perempuan  yang lebih berkuasa dalam menolak keinginan bodoh dari kekasih hati korang!Percayalah,cinta tak perlu dibuktikan dengan menyerahkan maruah! Jangan sesekali humbankan  mahkota korang untuk buktikan yang kau benar-benar sayang dia.Fikir! Kalau dia betul sayang korang dia takkan mengheret korang melakukan dosa!Kalau dia betul sayang korang,dia berusaha sedaya upaya untuk 'menghalalkan' hubungan tu!


Tolong jangan 'kotorkan' lagi cinta!Tanamkan sedikit malu dalam diri kita,supaya kita still rasa terbatas untuk melakukan perkara-perkara  macam ni.Mahalkan maruah kita,biar suami atau isteri kita yang halal menjadi orang pertama untuk segalanya!

Biarlah dunia ni semoden macam manepun,jangan 'modenkan' maruah kita,jangan terlampau modenkan pemikiran kita sampai bab-bab macam ni kita pandang ringan!



Sekian,terimakaseh.

No comments:

Post a Comment