Thursday 29 December 2011

Jururawat Lelaki




Jururawat lelaki.Ramai yang pandang pelik bila aku sebut aku belajar kos nursing ataupon mak bapak aku kata dekat kawan-kawan and sedara mara kami yang aku amek Diploma Sains Kejururawatan dekat Universiti.

Ramai yang konon-kononya terkejut ataupon tak pernah dengar selama ni bahawa Jururawat Lelaki itu wujud!

 Well Hear this peeps! (jangan menguap)

Jururawat lelaki sebenarnya bukanlah sesuatu perkara baru..Menurut sejarah,jururawat lelaki telah wujud sejak berabad yang dahulu!! Di Rom pada abad ke-3 satu pasukan dikenali sebagai 'Parabolani' telah ditubuhkan.Persatuan ni merupakan satu organisasi yang terdiri daripada lelaki-lelaki yang dipertanggungjawabkan untuk  merawat dan menjaga para comrades yang tercedara dalam peperangan!Of kos la mereka tidak digelar nurse pada masa ni..Tapi secara x langsung mereka ni sebenarnya adalah nurse!Dan pada zaman dulu jugak  sebelum kita merdeka dekat Amerika nu male nurse memang telah wujud sampai la pada tahun 1901, United States Army Nurse Corp telah ditubuhkan dan diorang telah menetapkan bahawa kerjaya ni hanya exclusively for women only dan lelaki telah di 'exclude' kan dari menjadi nurse supaya diorang dapat berkhidmat untuk negara dalam peperangan!Hinggalah pada tahun 1980-1990,kekurangan tenaga kerja jururawat telah membawa kemunculan balik nurse lelaki dekat Amerika sana! (*sumber Wikipedia & Male Nurse Magazine)



Ok!Kalau dekat negara luar jururawat lelaki bukan sesuatu yang asing,tapi kat negara kita ni  wanita lebih established sebagai jururawat sejak dari zaman tok moyang kita lagi..Jururawat lelaki merupakan satu skop bidang yang baru bagi kaum adam dekat negara kita ni!Sebab tu lah bila kita aku kata aku belajar sebagai jururawat ramai akan tersengih-sengih ataupon wat muke pelik! Well,now jangan  pelik lagi ye..:p

Masih ramai lagi kaum lelaki kat luar sana tak berminat nak jadi jururawat.Sebab kami sentiasa di 'momokkan' dengan pemikiran ortodoks masyarakat kita yang mengatakan lelaki yang mengambil bidang kejururawatan ni semuanya terdiri daripada mereka-mereka yang 'adik-adik' ,patah-patah' ataupun lebih 'lembut gigi dari lidah'..Hahhaha..Well you are totally wrong!Aku tengok kawan-kawan lelaki aku yang amek nursing ni semuanya 'katang-katang' belaka dan tak pernah pulak diorang kantoi main anak patung  depan aku mahupun berubah gaya pakaian apabila malam menjelma!tak dinafikan ada segelintir jururawarat lelaki yang macam tu tapi macam jururawat perempuan jugak,mesti ade yang 'tomboy' kan!So jangan nak label-label sangat la.:p Selain tumasyarakat kita masih lagi berpegang pada  stigma bahawa kerjaya jururawat tu hanya untuk perempuan!




Banyak lagi sebab-sebab yang menyebabkan ramai lagi lelaki kat luar sana yang tak mengetahui mahupun memahami apa kelebihannya  ambil bidang kejururawatan ni!Jururawat lelaki sangat penting dalam hospital,sama penting dengan tugas jururawat perempuan!Insya Allah dalam entri seterusnya aku senaraikan sebab-sebab kenapa lelaki x nak jadi nurse!



Dont think about the gender,think about the profesion and what you can contribute for our community,religion and country!  Hail for all the men who take the challenge and stand up to become a NURSE! :p

No comments:

Post a Comment