Tuesday 26 June 2012

Di Suatu Pagi yang Hening

Jam laptop menunjukkan tepat 5.48 AM tatkala jari jemari aku yang kasar dan penuh aura kejantanan ini (errr... ) mula menari satu persatu diatas keyboard notebook aku yang boleh dikatakan tak semua yang boleh menaip dengan pantas menggunakan keyboard notebook ni. (Seriously)

Di saat ini aku mula rasa menyesal sebab tidor dengan sepulas-pulasnya umpama anak kucing yang mendapat berpanas berteduh di celah-celah tuannya tatkala hujan lebat mencurah ke ladang gandum petang tadi sebab malam ni,saat ni,detik ni,aku telah mengalami masalah untuk melelapkan mata aku yang telah mungkin boleh menyebabkan pertumbuhan aku terbantut & menyebabkan aku menguap seluas-luasnya petang esok di dalam hospital semasa praktikal! Komplikated x ayat aku!Biasala,x cukup tido kan..Ngeh3..

Adoi,..Alhamdullilah..aku masih lagi berupaya menghirup oksigen rahmat Allah SWT pada tarikh 27 Julai 2012.Hidup perlu diteruskan.Semakin lama aku kat UniSZA ni semakin bertambah tanggungjawab.Mungkin Allah SWT lebih mengetahui kenapa tanggungjawab itu digalas atas bahu aku yang sasa ni..(Errrrr,,,.)

Apapun terlibat dengan persatuan fakulti & kelab membuatkan aku kadang-kadang bimbang dengan expectation manusia-manusia kat sekeliling aku,bimbang dengan keupayaan aku,bimbang dengan apa yang dapat aku sumbangkan,bimbang,bimbang,bambang,bumbung,..

Buat masa ni,aku cuma menunggu detik hari bersejarah bagi kakak aku,7 Julai nanti..Nak meraikan dia sebagai raja sehari...I Cant Wait!




No comments:

Post a Comment