Tuesday, 5 June 2012

Soalan

Assalammualaikum..

Dekat luar tu dah mula mendung...Selesa sikit aku rasa..Kalau hari panas bilik ni rasa berkuap..Belengas!
Aku terfikir tentang tanggungjawab hari ini...Mungkin sebab aku banyak membiarkan tanggungjawab aku terabai terutamanya dalam urusan seharian aku..Mungkin juga sebab aku rasa yang aku mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan kesusahan orang lain...

Aku terfikir,kalau aku tak mahu bertanggungjawab kenapa pada awalnya aku ambil keberanian untuk menggalas tanggungjawab yang diberi..Adakah kerana aku mahu menonjolkan diri aku semata-mata ataupun aku terlampau merasakan yang diri aku layak untuk memikul tanggungjawab itu..Dan jika jawapannya "Ya!Aku mampu" mengapa sekarang aku biarkan tanggungjawab itu terapung-apung diatas langit umpama layang-layang tak bertali...

Aku terfikir,mampukah sebenarnya aku???Bersediakah aku???Sebab kadang-kadang apa yang kita sangka kita mampu sebenarnya jauh daripada kemampuan kita sendiri..Tapi kalau kita betul-betul berusaha tiada yang mustahilkan..Jika manusia mampu sampai ke bulan..Mustahil itu umpama satu perkataan sahaja...Dan bila menyebut tentang usaha..Aku terfikir dimanakah usaha aku???Dan ia membawa kepada persoalan lain.Apa sebenarnya matlamat aku??? Apa yang mampu aku lakukan??

Dan..aku masih lagi bersoal jawab...

No comments:

Post a Comment