Saturday, 17 March 2012

Everything Happen For A Reason!



Situasi 1
Cik Senah memandu Mercekedis merahnya ke Mydin.Sesak betol tempat parking haritu menyebabkan Cik Senah terpaksa pusing-pusing 2,3 kali untuk parking keretanya yang mewah kononnya...Tetiba mata Cik Senah terpandang satu tapak parking kosong di celah-celah antara kereta Kancil dan Kereta Iswara,dia pon cepat-cepat memberi signal tanda nak masuk tempat parking tu,..Unfortunately,satu kereta BMW terus meluncur laju masuk tempat parking yang Cik Senah dah cop tadi padahal dia da perasan Cik Senah dah aim dan bagi signal dulu..Cik Senah dengan panas hati dan malas nak gadoh terus mencarik tapak parking lain,jauh sedikit dari pintu masuk Mydin..
Lepas habess shopping Cik Senah terus menuju ke kereta Mercekedisnya dan melintasi kereta BMW yang merampas tempat parking dia tadi...Cik Senah menggeleng-geleng kepala apabila melihat kereta BMW yang "kerekk seyhh" itu bermandi taik burung! Dalam hati Cik Senah lega dia tak parking kat situ,kalau tak kereta dia menerima naseb yang sama lebih-lebih lagi dia baru aje hantar keretanya ke car wash pagi tadi..Heh!

Situasi 2
Sameon  kecewa gila bila tunangnya Timah Sandha memutuskan pertunangan mereka kerana terpikat dengan samseng kampung seberang,Aaron Ajis yang berambut belah tengah iteww...Kerena terlampau kecewa Sameon membawa hatinya yang luka ke bandar..Sameon kemudian dipertemukan jodoh oleh ibu ayah nya dengan Elyani yang bertudung litup dan sopan santun tambahan lagi solehah dan pandai mengaji..Berbeza sangat dengan Timah Sandha yang rambotnya umpama tercelup lumpur dan gemar memakai baju adiknya yang berumur 12 tahun itu...Heh!


Situasi 3
Ramli Ram rasa down dan upsett sangat apabila bosnya menaikkan pangkat Gayah Masnawi sebagai Ketua Eksekutif  Pemasaran Syarikat Cemerlang Gemilang Terbilang,padahal dia yang telah 30 tahun berusaha untuk syarikat itu tak pernah dipandang..Ramli Ram pon memutuskan untuk berhenti kerja kerana dia merasakan tidak sesuai lagi bekerja di syarikat itu...Setelah berhenti kerja Ramli Ram membuka kedai runcit secara kecil-kecilan di hadapan rumahnya,rezekinya juga semakin bertambah apabila anaknya yang melanjutkan pelajaran di Universiti telah grad dan mendapat kerja di Firma Guaman ternama dengan gaji yang meletop..top..top..top...Heh!
 T.H.E.E.N.D

Kesimpulannya,sentiasa menerima Qadha & Qadhar Allah SWT dengan berlapang dada dan tidak cepat mengeluh & berputus asa...Dalam masa yang sama sentiasa  percaya bahawa setiap kita ada rezeki masing-masing dan tak perlu untuk sabotaj-mensabotaj,dengki-mendengki malahan sentiasa sama-sama bersyukur apa yang kita ada dan tidak mengeluh dengan apa yang kita tiada tapi berusaha mendapatkannya dengan cara dan niat yang diredhai Allah SWT ! :)


p/s:Ade kaitan x dengan situasi yang aku bagi tu?? hahaha...Ahh..Ada aku kisah!

No comments:

Post a Comment