Sunday, 18 March 2012

Nasihatilah Aku,Dia & Mereka Part 2!

Assalammualaikum..(Terfikir..kenapa x bagi salam sebelum ni before tulis entri-entri..)


Nasihat...Dulu aku penah tulis pasal nasihat-menasihati ni..(Nasihatilah Aku,Dia & Mereka (Part 1)
Kali ni aku nak cakap lagi sikittt jee... Dengan ilmu yang x seberapa ni..
Hmm..Macam yang kita semua tahu,nasihat ni x salah..Semua orang berhak memberi nasihat yang baik,menyampaikan perkara yang baik walaupon sepotong ayat.. 
Tapi kadang-kadang sama ada kita semua perasan atau tak..Cara kita menasihat orang tu tak kena dari segi Bahasa&Gaya&Rasa nya menyebab kan nasihat yang kita cuba sampaikan tu bertukar menjadi punca perbalahan,fitnah dan sebagainya..Sedangkan padahal niat asal kita baik,ingin menegur..
What I mean here,the way we delivered the nasihat...Ton suara,cara&gaya bercakap,penggunaan ayat,etc,,,..
Contohnya..
  1. Kau jangan nak jadi macam anjing  la hari-hari dok menyalak,buat bising..
  2. Timah,aku tau la aku pun tak baik..Tapi ko tengok la cara ko pakai ni..macam perempuan "tuttttt" jee,..
  3. Korang ni perangai tak mencerminkan orang Islam langsung,ko tau tak ciri-ciri ahli neraka tu ade dah sikit kat kau!
  4. *Pandang atas ke bawah dengan muka yang menjengkelkan sambil mencebik-cebik tapi x berani nak datang tegur,pusing kat kawan dok bisik-bisik*
See,...Mungkin contoh di atas agak ekstrem tapi yang no 4 tu pernah terjadi kat aku..Hahhahaa...
Sebenarnya bagi aku,kita boleh nak menasihati orang tapi first sekali,kita lihat dia jenis yang boleh terima cara nasihat yang macamana supaya dia tak salah faham dengan niat kita,kedua,kalau betol nak menasihat,nasihat lah dengan berhikmah bukan menghukum..Kita tak mampu nak ubah orang dalam satu hari waima seminggu pon..tapi kita boleh lakukan secara slow-slow ataupon secara memberi contoh yang mampu membuatkan orang tu berfikir semula tentang tindakan dia....Contohnya,ustaz yang nasihat aku jangan pakai seluar pendek dulu..Instead dia terus hentam gaya pemakaian aku dia bagi contoh kalau kalau aku nak jumpa mak mentua takkan aku nak pakai kurang sopan inikan pula berjumpa dengan Allah SWT...Dan yang ketiga,jangan gunakan simulasi "pukul anak sindir menantu"..Hahaha...Maksud aku cara sindiran yang akan membuat orang tu malu dan mengaibkan dia..You boleh bawak dia jauh sikit dari khalayak and talk slowly,dengan cara yang baik,InsyaAllah ia memberi kesan terus ke hati,...
Aku pon sangat-sangat tak perfect...Aku bukan orang yang baik ...Aku tak pandai nak memberi nasihat dan kadang-kadang sebagai manusia yang kategori biasa ni aku malu nak memberi nasihat...Sebab ilmu aku tak cecah kuku kaki aku pon lagi..Kita sama-sama memperbaiki diri..
Dan satu lagi jangan label aku BAIK sebelum kenal aku betul-betul sebab apabila aku buat salah,ada pihak akan kata.."Ingatkan dia ni baik,rupanya......" ataupon "Dia tak baik pon lah..sok sek sok sek..".
Please,Aku tak baik...Hahahha...Tapi aku tak nak korang jadi tak baik macam aku..Heh!

p/s:kalau ade salah cakap mintak kongsi sama untuk diperbetulkan dan kalau nak lagi sedap dengar sila jumpa ahli agama yang lebih ariff...

No comments:

Post a Comment