Sunday, 18 March 2012

Nasihatilah Aku,Dia & Mereka Part 2!

Assalammualaikum..(Terfikir..kenapa x bagi salam sebelum ni before tulis entri-entri..)


Nasihat...Dulu aku penah tulis pasal nasihat-menasihati ni..(Nasihatilah Aku,Dia & Mereka (Part 1)
Kali ni aku nak cakap lagi sikittt jee... Dengan ilmu yang x seberapa ni..
Hmm..Macam yang kita semua tahu,nasihat ni x salah..Semua orang berhak memberi nasihat yang baik,menyampaikan perkara yang baik walaupon sepotong ayat.. 
Tapi kadang-kadang sama ada kita semua perasan atau tak..Cara kita menasihat orang tu tak kena dari segi Bahasa&Gaya&Rasa nya menyebab kan nasihat yang kita cuba sampaikan tu bertukar menjadi punca perbalahan,fitnah dan sebagainya..Sedangkan padahal niat asal kita baik,ingin menegur..
What I mean here,the way we delivered the nasihat...Ton suara,cara&gaya bercakap,penggunaan ayat,etc,,,..
Contohnya..
  1. Kau jangan nak jadi macam anjing  la hari-hari dok menyalak,buat bising..
  2. Timah,aku tau la aku pun tak baik..Tapi ko tengok la cara ko pakai ni..macam perempuan "tuttttt" jee,..
  3. Korang ni perangai tak mencerminkan orang Islam langsung,ko tau tak ciri-ciri ahli neraka tu ade dah sikit kat kau!
  4. *Pandang atas ke bawah dengan muka yang menjengkelkan sambil mencebik-cebik tapi x berani nak datang tegur,pusing kat kawan dok bisik-bisik*
See,...Mungkin contoh di atas agak ekstrem tapi yang no 4 tu pernah terjadi kat aku..Hahhahaa...
Sebenarnya bagi aku,kita boleh nak menasihati orang tapi first sekali,kita lihat dia jenis yang boleh terima cara nasihat yang macamana supaya dia tak salah faham dengan niat kita,kedua,kalau betol nak menasihat,nasihat lah dengan berhikmah bukan menghukum..Kita tak mampu nak ubah orang dalam satu hari waima seminggu pon..tapi kita boleh lakukan secara slow-slow ataupon secara memberi contoh yang mampu membuatkan orang tu berfikir semula tentang tindakan dia....Contohnya,ustaz yang nasihat aku jangan pakai seluar pendek dulu..Instead dia terus hentam gaya pemakaian aku dia bagi contoh kalau kalau aku nak jumpa mak mentua takkan aku nak pakai kurang sopan inikan pula berjumpa dengan Allah SWT...Dan yang ketiga,jangan gunakan simulasi "pukul anak sindir menantu"..Hahaha...Maksud aku cara sindiran yang akan membuat orang tu malu dan mengaibkan dia..You boleh bawak dia jauh sikit dari khalayak and talk slowly,dengan cara yang baik,InsyaAllah ia memberi kesan terus ke hati,...
Aku pon sangat-sangat tak perfect...Aku bukan orang yang baik ...Aku tak pandai nak memberi nasihat dan kadang-kadang sebagai manusia yang kategori biasa ni aku malu nak memberi nasihat...Sebab ilmu aku tak cecah kuku kaki aku pon lagi..Kita sama-sama memperbaiki diri..
Dan satu lagi jangan label aku BAIK sebelum kenal aku betul-betul sebab apabila aku buat salah,ada pihak akan kata.."Ingatkan dia ni baik,rupanya......" ataupon "Dia tak baik pon lah..sok sek sok sek..".
Please,Aku tak baik...Hahahha...Tapi aku tak nak korang jadi tak baik macam aku..Heh!

p/s:kalau ade salah cakap mintak kongsi sama untuk diperbetulkan dan kalau nak lagi sedap dengar sila jumpa ahli agama yang lebih ariff...

Saturday, 17 March 2012

Everything Happen For A Reason!



Situasi 1
Cik Senah memandu Mercekedis merahnya ke Mydin.Sesak betol tempat parking haritu menyebabkan Cik Senah terpaksa pusing-pusing 2,3 kali untuk parking keretanya yang mewah kononnya...Tetiba mata Cik Senah terpandang satu tapak parking kosong di celah-celah antara kereta Kancil dan Kereta Iswara,dia pon cepat-cepat memberi signal tanda nak masuk tempat parking tu,..Unfortunately,satu kereta BMW terus meluncur laju masuk tempat parking yang Cik Senah dah cop tadi padahal dia da perasan Cik Senah dah aim dan bagi signal dulu..Cik Senah dengan panas hati dan malas nak gadoh terus mencarik tapak parking lain,jauh sedikit dari pintu masuk Mydin..
Lepas habess shopping Cik Senah terus menuju ke kereta Mercekedisnya dan melintasi kereta BMW yang merampas tempat parking dia tadi...Cik Senah menggeleng-geleng kepala apabila melihat kereta BMW yang "kerekk seyhh" itu bermandi taik burung! Dalam hati Cik Senah lega dia tak parking kat situ,kalau tak kereta dia menerima naseb yang sama lebih-lebih lagi dia baru aje hantar keretanya ke car wash pagi tadi..Heh!

Situasi 2
Sameon  kecewa gila bila tunangnya Timah Sandha memutuskan pertunangan mereka kerana terpikat dengan samseng kampung seberang,Aaron Ajis yang berambut belah tengah iteww...Kerena terlampau kecewa Sameon membawa hatinya yang luka ke bandar..Sameon kemudian dipertemukan jodoh oleh ibu ayah nya dengan Elyani yang bertudung litup dan sopan santun tambahan lagi solehah dan pandai mengaji..Berbeza sangat dengan Timah Sandha yang rambotnya umpama tercelup lumpur dan gemar memakai baju adiknya yang berumur 12 tahun itu...Heh!


Situasi 3
Ramli Ram rasa down dan upsett sangat apabila bosnya menaikkan pangkat Gayah Masnawi sebagai Ketua Eksekutif  Pemasaran Syarikat Cemerlang Gemilang Terbilang,padahal dia yang telah 30 tahun berusaha untuk syarikat itu tak pernah dipandang..Ramli Ram pon memutuskan untuk berhenti kerja kerana dia merasakan tidak sesuai lagi bekerja di syarikat itu...Setelah berhenti kerja Ramli Ram membuka kedai runcit secara kecil-kecilan di hadapan rumahnya,rezekinya juga semakin bertambah apabila anaknya yang melanjutkan pelajaran di Universiti telah grad dan mendapat kerja di Firma Guaman ternama dengan gaji yang meletop..top..top..top...Heh!
 T.H.E.E.N.D

Kesimpulannya,sentiasa menerima Qadha & Qadhar Allah SWT dengan berlapang dada dan tidak cepat mengeluh & berputus asa...Dalam masa yang sama sentiasa  percaya bahawa setiap kita ada rezeki masing-masing dan tak perlu untuk sabotaj-mensabotaj,dengki-mendengki malahan sentiasa sama-sama bersyukur apa yang kita ada dan tidak mengeluh dengan apa yang kita tiada tapi berusaha mendapatkannya dengan cara dan niat yang diredhai Allah SWT ! :)


p/s:Ade kaitan x dengan situasi yang aku bagi tu?? hahaha...Ahh..Ada aku kisah!

Friday, 16 March 2012

Keypad Lock!


Hensett korang guna "keypad lock" x??Heh..
Aku baru guna menatang keypad lock ni..Cett..Aku bukan ketinggalan zaman atau buta teksno , cuma aku x suke gune keypad lock..sebab..LECEHH!..Bila aku nak bukak nset je mesti dia kata "now press bla bla bla"..Aku menghargai masa okey!Dengan menekan banyak butang2 lain untuk membuka nset aku telah menyebabkan aku membazir 0.0002 saat dalam hidup aku!  *yopoyo je la kaw Zam*
Papepon aku terpaksa jugak meng"keypad lock" kan nset aku sebab dia asik bangat menghubungi atau meng'kol' tanpa aku sedari!Orang yang paling slaloo dia kol adalah mak aku!Terutamanya ketika aku tidur nyenyak di mana situasi bahagian abdomen mahupun deltoid aku menekan pada kekunci nset lalu tanpa sengaja mengkol mak aku dan mengganggu waktu tidur dia sampai menyebabkan mak mengeluarkan keluhan.'Apokono ae jang??"..*Sigh*
Heh!Keypod lock adalah solution dan intervention terbaik aku bagi permasalahan ni! (-..-)"
Dan tetiba aku teringat dulu orang-orang kat kawasan aku slaloo gunakan perkataan "keypad lock" ni sebagai kata cacian tapi di'improvise' sket menjadi "CIPETTLOK!"
Contoh penggunaan :Cipettlok kau!!Asal lambat sangat datang!
Erghh,.Sampai harini aku x faham motif dia...
Okeyh...Happy Saturday guys! Bagi orang yang dok Ganu,mahupun Klate dan sekutunya..Esok da mula kelas!*Sigh*...So,kami x de Monday Blues hanya Sunday Blues..Jangan otak blue sudaa...

Wednesday, 14 March 2012

Manusia Ke Ni???

Cute kan??? :)
Tapi sayang...senyuman dia da rentung dibakar  lebih daripada lima hari untuk menghapuskan bukti..
Dirang disuruh ibu dia pegi beli mee segera dan telur RM2..Beberapa hari kemudian polis jumpa mee segera bertaburan..telur yang pecah..satu selipar dalam kebun sawit dan mayat yang rentung dibakar..Motiff??? Apapun motif nya..How Could You!!!! Manusia yang bertopengkan manusia aje yang sanggup buat benda macam ni...

Hukum budak 7 tahun sampai menyebabkan kematian kerana mencuri????Whaddaheck?? BullFish sangat,...7 tahun umur dia..apa yang mereka tahu,..Jalankan lah hukuman macamanapun tapi sampai mati??? He is only 7 years old man???7 years!!! T.U.J.U.H T.A.H.U.N.... Aku malas nak cakap..korang fikirlah sendiri..Yang paling aku benci bila isu "Ustaz" ni pon ada pihak cuba politikkan..(cube korang google)..Kemon la....

Dunia semakin tua...Manusia semakin kejam...Syaitan rancak menggoda nafsu..Sesiapapun boleh dibunuh,boleh membunuh...Mak ayah..jaga anak  baik-baik..Government..please do something...Pembikin filem..please make a more rational film..Tak fikir ke apa yang korang cuba sampaikan dan visualkan mampu mempengaruhi mental manusia dengan alasan cover suci.."sebagai pengajaran??".. Berapa ramai lagi budak-budak kecik yang akan dibunuh..Ye memang ajal mereka dah tiba..But...Have a little humanity please...Frasa "Kita manusia bukan haiwan" dah x boleh pakai..sebab haiwan pon penyayang lagi daripada manusia sekarang..."Kita Manusia jangan ikot telunjuk Setan" lebih sesuai!


Sindrom Malas Nak Test



Hallamakhai!
Malasnya nak baca nota Communicable Disease+Environment Health aku ni..
Aku lebih rela lagi wat presentation ataupon assignment bertulis daripada duduk sejam @ 2 jam mahupun 4 jam untuk test..Bosan kowt!Kalau excellent takpe jugak..Hahahha...
Walaupon dalam kepala otak dok putar-putar kata.."Azam,ko datang sini bawak harapan mak bapak ekaw..Kalau ekaw maleh blajar apo guno ae mak bapak ko dok kojo koreh caghik dwet nak bagi ko blaja!"..
Hadoii..Ayat ni lah yang slalu melemahkan jiwa bila malas nak study kan..Tapi nak wat macam mane mood test tu tak mariii sangat *bagoss sangat alasannn*....Lebih-lebih lagi bila continuous test je (JE????) bukan Final..*ko fikir ko hebat la zam?Carry mark pon teraborrr*
Memandangkan aku malas dah nak baca nota yang setambon ni,....Maka dengan ini aku putuskan untuk tawakal sahaja.. *dengan usaha ciputt taik kuda tu ada hati nak tawakal pulak*...
Huahh...mata da mengantok...sekarang aku mengalami sindrom tido awal yang acute oleh sebab yang x diketahui selain sindrom mengeliat gaya pemalas yang kronik semasa lecture atas sebab ketidakcukupan oksigen dalam otak sebab aku guna oksigen dalam otak tu untuk memikirkan perkara yang merapu dan tak patot difikirkan..*apa la yang kau merepek ni azam*

Papepon sapa yang senasib dengan aku ada test,mahupon kuiz..I WOULD LOVE TO SAY GANBATTE!GOODLUCK!SCORE YOUR BEST MARK!

Chioaw!!


Tuesday, 13 March 2012

Azam Karat!


Heh,lama suda tinggal Incik Blog!
Hari yang mendung..Hujan gelombang kedua melanda ganu..Mood aku pon mendung di petang yang mendung ni..Nak tido??? Haiz..Tak biasa tido petang la bro...

Dok rilex-rilex atas katil ni membuat kan aku terfikir tetiba macamana mak bapak aku boleh terfikir nak letak nama aku Azam...

Mak pernah cakap dulu,bapak aku letak nama aku Azam sebab masa zaman aku lahir dulu family aku tengah sangat-sangat susah..Boleh kata makan pagi,kais pagi,makan petang kais petang,makan malam,x makan da sebab malam gelap,x dapat nak kais..Hahaha..So bapak aku berAZAM untuk mengakhiri zaman miskin kami!Heh! Macam yang kerajaan kita lancarkan tu.. 1AZAM yakni Akhiri Zaman Miskin! Kajaaa!!So,bapak aku da guna dulu 1AZAM tu dulu okeis before kerajaan lancarkan! (Bangga tetibe)

Bila dok fikir tentang nama aku ni.. sebab da malas nak fikir benda lain da..Aku pon cuba me"relate"kan nama AZAM tu dengan segala pencapaian aku dan cara penghidupan aku selama ni..Hmmm..Rasanya keazaman tu ada sikit dalam diri aku cuma tak "all-out" je since aku ni bebal tahap karma..Bhhahaha...

Aku tak pernah pon buat Azam tahun baru..Masa zaman high school dulu pernah la sekali dua..Tapi lama-lama aku rasa buat Azam Tahu Baru  ni mengarot je..Since,bagi aku x perlu nak tunggu tahun baru pon nak berazam..Kehidupan seharian kita ni pon perlukan keazaman..Berazam nak siapkan asignment yang berlambak..Berazam nak dapat Dean List,Berazam nak fokus dan punctual dtg kelas...Berazam nak memusnahkan anasir negatif yang nak membunuh cas positif yang aku cuba nak bangunkan ni....Heh!

Mulai hari ini aku akan gunakan nama AZAM yang mak bapak aku bagi ni dengan sebaiknya!!Hahahha!

*Cube korang renung-renungkan nama korang plak...Hahah!

Tuesday, 6 March 2012

3N-Tercipta Satu Kenangan:Rakit-Rakit Ke Hulu!


Sambung cerita..haha..
Malam, kami tido secara camping! Lama x bercamping,walaupon keadaan tapak khemah sejuk giloss sebab hujan tapi aku berjaya tido setenang air di kali malam tu dalam khemah sebab penat giloss..Selimut Muiz aku sebat sebab aku tak bawak selimut..Teehee...
Esok pagi,4 Mac..bermula aktiviti hari kedua..Oh,lupa malam 3 Mac tu aku ada cakap kat semua budak-budak yang join kene bangun awal untuk jemaah subuh,dengan semangatnya aku bagi arahan ..Tapi sedeyhh!!Last-last aku yang lambat bangun,solat sendiri akhirnya ..Haha..Kesian bebudak ni tunggu...
Pagi dimulakan dengan Aerobik!Pheww...Aku salah seorang fasi tok Aerobik ni..Bersusah payah aku,Deen,Dayah Musa,Lela,Min,Cyda,Incik Badat,&Ecah Zul and the gang ,mereka cipta gerakan aerobik ni..Aku rasa aku terpaksa jalan macam robot lepas 2,3 kali latihan..(pemalas bersenam kannn..)..Dengan berlatarbelakangkan lagu Someone Like You-Adele (panas badan),Sexy&I Know It-LMFAO,Be  My Baby-Wonder Girls & Till the Worlds Ends-Britney Spears..Lets Move It,Move It dengan gerakan PERVERT kami!Bhahahhaha...
Aerobik sangat...
Pas penat ber"aerobot',aktiviti lasak ke-2!Rafting yekeye Berakit!!Ni first time jugak aku berakit..
Kami diberi taklimat oleh fasi yang sama untuk taklimat jungle trekking..Hehhe..Sampai-sampai kat tapak rakit kami disuruh buat rakit dulu..Uik,how come??? Tak pernah seumur hidup den pon buat rakit merakit sebelum ni..Dengan tunjuk ajar fasi,SUKSES!SUKSES! Hahha,,walaupon tiub tayar kami bocor dan tak stabil,walauponn...
Lets Do It!Rakit  dari batang paip & tiub tayar!Santekk...

Pendek cita,aku dengan lagi 16 orang kawan aku satu team atas satu rakit yang sama!Best woo,..Walaupon pada awalnya masing-masing tensyen sebab aku macam cinta kura-kura..bhahhaa...Mana nak taw camane kayuh rakit! :p (Alasan sangat..) Dan macam-macam kejadian lawak jadi atas rakit tu..Hahah..
Habes berakit,makan tengahari,packing then bertolak pulang ke UniSZA..Tata Agro Setiu,Tata Bukit Gerebar..Heh..Terimakaseh semua!  :D

"Ilmu Demi Faedah Insan"-UniSZA!


3N-Tercipta Satu Kenangan:Family Day Trekking!


Lepas habes program komuniti yang memeningkan kepala,"Its Time To Have Some Fun"!!
Masuk family day aku dah rasa kepala ringan sikit,tak de nama-nama besar waima VIP sepanjang program Hari Keluarga,protokol hanya pelu memastikan flow majlis teratur seperti yang dirancang dalam tentatif!
4:15 petang kami berkumpul,diberi taklimat tentang aktiviti lasak pertama yang akan dilakukan!
Fasilitator dia  yang kurus cikeding tapi nampak lasak tu terangkan tentang track junggle trekking yang akan kami lalui!


Fasi:Okey,kita sekarang akan melalui trek kaki Gunung Tebu,dalam perjalanan kita nanti kita akan melalui 3 jenis gua..(Aku:Waaaaaaaa...:D)..Pertama,gua batu tergantung,kedua gua karipap,dan akhir sekali gua  kura-kura..(Erkkk..ape ke pelik nama)..

Pendek cita,junggle trekking pon bermula,aku dengan semangatnya duduk kedua depan ikot bontot fasi,blakang aku  Incik Badat dengan Ikan& Lela Leley..Untung kami dok depan skalik  ni,sebab fasi banyak cerita pasal tapak-tapak yang kami lalui dan kami dapat maklumat lebih jelas dari orang belakang..Teehee..Ada satu pokok tu dia punya akar naik ke atas...Magik gila!!!(Hiperbola disiteww),nama pokok tu,Pokok Akar Serabut(Fasi yang kata ye..)..Ni gambar dia..
Nampak x yang serabot2 bergulung tu?Akar dia letteww...

Pastu lalu satu pokok lagi tengok bekas cakaran Incik Maybank yekeye Harimau...Cooll..Dan aku baru tahu  yang harimau boleh panjat pokok..(-..-)"..Pastu terus perjalanan lagi dalam 15 minit pastu jumpa gua pertama..Excited gila kowt!!!Walaupon masih penat urus program pagi tadi tapi sebab first time jumpa gua aku tak rasa penat dah..Waahahha...Turun naik gua,tengok keajaiban batu-batuan yang terbentuk..Cool gila!! Pasni aku nak takluk gua yang lebih mencabar lagi,Gua Niah ke...heheh..Pastu jalan-jalan lagi jumpa gua kedua,Gua Karipap..Gua Karipap ni kami tak sabar nak masuk sebab perut tengah lapar..(-..-)..Hahha..Ada gak la rupa karipap gua ni..
Ada nampak macam kelim Karipap tak??Teehee..
Pastu masuk gua ketiga,gua kura-kura..Trek dia mencabar jugak la...Kami kene merangkak macam kura-kura di sebalik batu-batuan dalam gua tu..Aiseh..Half of my dream come true!Lama da aku mimpi nak keluar masuk gua ni,,Walaupon tak lah dasat sangat cabaran dia,,but it still worth it la...Dalam 2 jam lepas tu,kami keluar ikot Taman Herba Agro Setiu...Huh,Puas hati,Happy! Walau sakit kaki gila-gila  & digigit pacat...Speaking of pacat,aku sangat excited bila kena gigit..(-..-)" Hahah,bukan ape,ni first time aku tengok pacat dan kene gigit pacat..Errr..tak de la seram sangat pon macam orang-orang cerita..Hmm..Kat kedah aritu aku da kena gigit lintah,skang kene gigit pacat..Half of my dream come true lagi.. Sebab aku x pernah ada experience dengan dua menatang ni sebelum ni.. :p
Incik Pacat yang Lovely! :P
Papepun aku happy gila dapat junggle trekking,pasni aku nak daki gunung..Someone please ask me to join hiking!!
Untuk aktiviti malam, kami berBBQ & Malam Kebudayaan!! Aku tak suka berlakon,dan bila group aku kena buat sketsa aku tak tau apa yang aku kena buat..Hahaha...Layannn...Walaupon BBQ agak masam dan semua orang kepenatan,aku harap nilai ukhwah yang cuba kami,pihak urusetia terapkan tercapai..Dan harap semua orang enjoyed the day..Sebarang kekurangan sepanjang program 3 Mac ni,kami mintak maaf... :)

"We Care Because We Are Professional"-Nursing Science Club!



Monday, 5 March 2012

3N-Tercipta Satu Kenangan:Protokol Yang Cube Cool!


Erghh..Actually not so cool...The protokol especially aku sangat-sangat lah Emo!
Sambong cerita...
Komuniti Service di Kampung Bukit Gerebar..
Hmm..Senarai Jemputan..
Yang Berbahagia Dato'Prof Dr Alias Bin Daud,Naib Canselor UniSZA
Yang Berbahagia Dato'Prof.Dr. Ahmad Zubaidi Bin Abdul Latif,Dekan Fakulti Perubatan &Sains Kesihatan UniSZa
Whaddafak????(O..o)"
Perasmi..
Yang Berhormat Dato Mohd Jidin,Adun Parlimen Setiu,..
"Dato' tak dapat datang,Dato pegi Thailand",(Kami Protokol:Alhamdulillah) ditukar kepada
Yang Berhormat Tuan Haji Apentah??,DUN Permaisuri..
"Tn Haji,x dapat datang,dia pegi Kedah" (Kami Protokol:Alhamdulillah) ditukar kepada
Yang Berbahagia,Tuan Haji Mohammad Nor Bin Ibrahim,Pegawai Daerah Setiu
"Tn Aji x dapat datang,dia ada program lain" (Kami Protokol:Alhamdullillah) ditukar kepada
Yang Berusaha,Encik Entah ape,Penolong Pegawai Daerah Setiu..(Kami Protokol:Alhamdulillah,Matilah..)

Naib Canselor datang??? Protokol kene buat teks ucapan NC,Protokol kene buat teks ucapan Pengarah Program,Teks MC x siap lagi!!!...Whadda..???? Disini,kami banyak mengasah balik Bahasa Malaysia SPM kami yang A+++ dulu tu..Erghh...

Hari kejadian untuk komuniti,,Protokol pening kepala..Text MC kene ubah on the spot..tentatif berubah 180 darjah on the hari kejadian..NC x dapat datang(Alhamdullillah)...Erghh,...Semua atas kepala protokol flow majlis tu...Semua mesti smooth...semua mesti perfect!Alhamdulillah,sambutan dari penduduk kampung meriah walaupun hujan...Alhamdulillah ramai yang meringankan tugas protokol..Terima Kaseh Cik Baheyah Sanad,Pembantu Tadbir Jabatan Sains Kejururawatan yang banyak mengajar tentang Etika Protokol,Terima Kasih Pn Rokiah Haji Awang,Penasihat bidan terjun yang banyak meringankan tugas dan membantu mana yang patot..Terima Kaseh kawan-kawan AJK Program 3N yang support,yang beri kerjasama yang baik,kawan-kawan yang cool,Terima Kasih kepada sub-sub protokol yang menjalankan tugas dengan sangat baik!...Terima Kaseh Semua!

Pujian paling terharu! "You did A Good Job"

3N-Tercipta Satu Kenangan:Pra-Program!


"Korang sume diberi tanggungjawab untuk menguruskan program Hari Keluarga Kelab Sains Kejururawatan..Tahun ni kita nak wat kat luar..Sama ada Genting,Gambang Waterpark ataupon Cameron Highland"
Arah Abg Naim,YDP Kelab Sains Kejururawatan kami...
So,kami pon dilantik secara langsung oleh AJK Kelab Sains Kejururawatan..Nama aku termasuk skalik even aku Exco Kerohanian(x ley blaa) dalam Kelab...Hehek..
21 orang dilantik,Aku,Apito,Ecah Zul,Badat The Pervert (:P),Min,Ecah Kader,Wanie,Deen,Muiz,Syifa,Asidah,Sabariah,Cyda,Ikan,Iemah,Ido Kome,Dayah,Aten,Lela Leley dan Suhana.
Majlis Tertinggi diundi..
Apito:Pengarah Program
Ecah Zul:Timbalan
Ikan:S/U
Aten:Naib S/U
Iemah:Bendahari
Ido Kome:Naib Bendahari
Aku????Protokol???Dengan Cyda,Sab & Suhana..
Tanya Cyda:Ko tau pape pasal protokol
Cyda: Tak!
Tanya Sab:Ko tau pape pasal protokol?
Sab:Tak!
Tanya Suhana:Ko tau pape pasal protokol?
Suhana:Tak
(Sigh)  Okeyh..Hmmm...We  Know Nothing about Protokol (-..-)' GREATT!
Bincang punye bincang kami tak setuju dengan tempat asal yang dipilih(Gambang,CH,GH) sebab banyak faktor negatif yang diconsider..So kami putuskan buat dekat Lembah Lenggong,Perak..Camping Style!Woohoo!Nama program Dipilih,3N (Nursing Nurture&Nature),Kertas kerja dilakar,hantar kat Hepa!
STOP!
Jangan hantar dulu!Pn Zainab(Penasihat) ajak jumpa..
"How about we do some community service?Dekan suka.."
Kami..
"Erkk...Sound ok & Interesting"
Pendek cerita,dari Program Hari Keluarga jadi serampang 2 mata,skali dengan Program Komuniti...
Kertas kerja di edit,tambah Komuniti,hantar kat HEPA,LULUS!! HEPA bagi bajet..Alhamdulillah..Tenang dah hati..
STOP!!
Dekan tak setuju buat kat luar dari Terengganu!
Kami..
"Whaddafak????"
Keputusan dibuat,Agro Setiu dipilih,Kampung Bukit Gerebar sasaran Program Komuniti!
Pengarah program pening,Timbalan Pening,AJK Tempat pening kene deal,batal,deal,batal,AJK Protokol lagi la pening,tentatif x pernah nak lekat!AJK lain turut same pe ning!Warghh!ICP High!
Pendek cita,Program 3N,julung-julung kali dianjurkan oleh Kelab Sains Kejururawatan yang melibatkan program komuniti yang merangkumi pengisian seperti ceramah kesihatan,pembukaan booth-booth kesihatan,home visit warga Kg Bukit Gerebar yang kurang kesihatan,gotong-royong bersihkan surau,masak gulai kawah bersama penduduk Kampung Bukit Gerebar,Setiu....bla..bla...bla..BALA..BALA..BALA..


Allah SWT knows how hard it is for the" first-timer" like us!