Tuesday, 26 June 2012

Di Suatu Pagi yang Hening

Jam laptop menunjukkan tepat 5.48 AM tatkala jari jemari aku yang kasar dan penuh aura kejantanan ini (errr... ) mula menari satu persatu diatas keyboard notebook aku yang boleh dikatakan tak semua yang boleh menaip dengan pantas menggunakan keyboard notebook ni. (Seriously)

Di saat ini aku mula rasa menyesal sebab tidor dengan sepulas-pulasnya umpama anak kucing yang mendapat berpanas berteduh di celah-celah tuannya tatkala hujan lebat mencurah ke ladang gandum petang tadi sebab malam ni,saat ni,detik ni,aku telah mengalami masalah untuk melelapkan mata aku yang telah mungkin boleh menyebabkan pertumbuhan aku terbantut & menyebabkan aku menguap seluas-luasnya petang esok di dalam hospital semasa praktikal! Komplikated x ayat aku!Biasala,x cukup tido kan..Ngeh3..

Adoi,..Alhamdullilah..aku masih lagi berupaya menghirup oksigen rahmat Allah SWT pada tarikh 27 Julai 2012.Hidup perlu diteruskan.Semakin lama aku kat UniSZA ni semakin bertambah tanggungjawab.Mungkin Allah SWT lebih mengetahui kenapa tanggungjawab itu digalas atas bahu aku yang sasa ni..(Errrrr,,,.)

Apapun terlibat dengan persatuan fakulti & kelab membuatkan aku kadang-kadang bimbang dengan expectation manusia-manusia kat sekeliling aku,bimbang dengan keupayaan aku,bimbang dengan apa yang dapat aku sumbangkan,bimbang,bimbang,bambang,bumbung,..

Buat masa ni,aku cuma menunggu detik hari bersejarah bagi kakak aku,7 Julai nanti..Nak meraikan dia sebagai raja sehari...I Cant Wait!




Tuesday, 5 June 2012

Soalan

Assalammualaikum..

Dekat luar tu dah mula mendung...Selesa sikit aku rasa..Kalau hari panas bilik ni rasa berkuap..Belengas!
Aku terfikir tentang tanggungjawab hari ini...Mungkin sebab aku banyak membiarkan tanggungjawab aku terabai terutamanya dalam urusan seharian aku..Mungkin juga sebab aku rasa yang aku mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan kesusahan orang lain...

Aku terfikir,kalau aku tak mahu bertanggungjawab kenapa pada awalnya aku ambil keberanian untuk menggalas tanggungjawab yang diberi..Adakah kerana aku mahu menonjolkan diri aku semata-mata ataupun aku terlampau merasakan yang diri aku layak untuk memikul tanggungjawab itu..Dan jika jawapannya "Ya!Aku mampu" mengapa sekarang aku biarkan tanggungjawab itu terapung-apung diatas langit umpama layang-layang tak bertali...

Aku terfikir,mampukah sebenarnya aku???Bersediakah aku???Sebab kadang-kadang apa yang kita sangka kita mampu sebenarnya jauh daripada kemampuan kita sendiri..Tapi kalau kita betul-betul berusaha tiada yang mustahilkan..Jika manusia mampu sampai ke bulan..Mustahil itu umpama satu perkataan sahaja...Dan bila menyebut tentang usaha..Aku terfikir dimanakah usaha aku???Dan ia membawa kepada persoalan lain.Apa sebenarnya matlamat aku??? Apa yang mampu aku lakukan??

Dan..aku masih lagi bersoal jawab...

Wednesday, 30 May 2012

Anak Kampung


Assalammualaikum!Ohaiyo Gamasunsun!

Lama sudah aku x memblog kan diri aku..Sejak aku kuciwa dengan segala yang terjadi pada blog ini..Tapi aku telah mendapat semangat baru untuk menulis selepas menghabiskan masa selama 30 minit untuk membaca entri-entri lama aku.. (-..-)"  ..Nampak sangat tak de keje.
.
Walau apapun yang berlaku..kehidupan harus diteruskan ..tetibe.. Untuk pengetahuan reader semua(bajet Zack Zuhairi plak kann)..aku skang berada di kampung halaman ku yang tercinta dan panas permai..FELDA PALONG 6..Ohoyyyy...(masuk lagu Cek Mek Molek)..

Ahh..Indahnya terasa disini,kembali menghirup bau-bauan bunga kemboja..(mana datang bunga kemboja plak Zam).Hahha..Apapun sebelum aku merepek meraban lebih jauh lagi dan membuang masa korang yang memang dah sedia terbuang membaca blog yang senduu ini...Maka aku nak nyatakan disini yang aku memang happy balik kampung ,walaupun hal yang demikian aku masih dihantui rasa bersalah kerana aku dah membiarkan tanggungjawab aku di universiti iteww terkapai-kapai kehausan umpama anak berudu kehilangan induk kataknya,..What a pathetic life.. Bhahaha..Menambahkan lagi kekalutan hati ini apabila mengenangkan yang minggu depan merupakan Final Exam Sem 4 dan membuatkan lebih berbulu apabila aku belum lagi berjumpa ustaz untuk membaca 4 Surah bagi melengkapkan kredit aku dalam subjek Tajwid..Phewww...

Seriously kalau ikutkan hati aku umpama panas punggung sekarang..Tapi kebahagiaan kat rumah umpama mengaburi mata aku tambahan lagi aku ingatkan nak balik awal naik bus,tapi emak telah mencadangkan aku naik kereta dengan along balik Terengganu hari jumaat ni memandangkan Along nak balik Kelantan..Uhuhu..
Quote aku untuk hari ini adalah keluarga adalah segala-galanya..Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia asal masih adanya keluarga aku (familiar x ayat ni..:P)..

Dan aku tersangatlah kendatipun merasa bahagia apabila kepulangan aku kali ni ramai yang ada kat rumah minus along & familinya..Tambahan lagi bila akak aku telah dirisik dan dipinang..selamat lagi seorang anak perempuan mak ayah..kami waiting for kak cik punye prince charming datang ambil dia tak lama lagi..Hopefully..Dan yang seronok lagi bila aku lepak sama-sama mak ayah dengar bang cik On Air di Radio Negeri FM menjadi ahli panel berdiskusi bersama kawan kawannya tentang topik semasa..bangga mak ayah woo..Hope suatu hari nanti aku dapat buat diorang senyum macamana diorang senyum masa dengar suara bang cik kat radio tadi ... :)

Dan banyak lagilah keseronokan berganda aku dengan famili..lepak bagi makan ikan yang makin membiak-biak kat kolam kami tew..lepak pi beli barang untuk kahwin Uda nanty..angkat batu p letak belakang rumah (-..-)' dan paling best lepak gelak-gelak satu famili di petang hari sambil mengacau mak yang kuat melatah..Hahha..Home Sweet Heaven Honey Home!


Boleh tak kalau aku nak amek diploma jarak jauh untuk sem 5 & 6 nanti..Ada kemungkinan ke diluluskan..bhaha..Memang mimpi di tengahari yang panaslah!

Till then,have a sweet day everyday everybuddy!

Tuesday, 1 May 2012

Mari menderma!! Yeba!Yeba!

Assalammualaikum..

2 hari lepas aku nampak kotak ni tersadai kat bawah Blok Q tingkat bawah kampus Gong Badak,UniSZA (skali alamat penuh aku kasi) masa aku balik dari makan aiskrim Walls Cornetto Black & White,sumpah sedap aiskrim ni dua perisa berbeza yang digabung menjadi satu dan cair di dalam anak tekak aku tika panas membakar lemak....
Black & White U are Mine! Myehhehe... *gambar curik kat Google*

Then semalam aku nampak kotak ni tersadai bawah Blok O,Kolej kediaman aku masa aku turun meroyan kat aras bawah disebabkan kebosanan melampau,..dan 10 minit kemudian aku telah mengisi baju-baju ni dengan selamatnya kedalam kotak tu! heh!
Baju ni manyak kenangan meyh...





Dah basuh Ok.. heheh




 Huh! Puas hati.. Sebenarnya pada awalnya aku ingat nak jual baju-baju ni kat bundle.. Tapi Apito & Muiz telah meyakinkan akut tak de orang nak beli baju-baju aku..hahha.. kalau tak aku dah letak kat Mudah.Com da.. Cett.. Semoga anak-anak yatim ni dapat manfaat dari baju-baju aku ni ,atau at least jadi stylo macam aku (muntah darah!Sejak zaman bila pulak ko stylo Zam) ...Ingat-ingat balik,masa kecik-kecik dulu family aku sokmo pakai baju derma orang..orang susah la katakan..Berebut kami pilih baju kalau orang bagi derma baju tu..seguni kadang-kadang diorang bagi. Sadis pulak kenangkan..Hahha.. Dan aku rasa its a good time for me to pay back! Ganbatte!!


Thursday, 19 April 2012

Takde Tajuk,Tak Tau Nak Letak Tajuk Ape??

Assalammualaikumm..
Walaweyy..Fenin aku ngan patient2 kat wad..Hmm..dorang pon sebok nak berpolitik smpy aku yg hanyalah jururawat pelatih terpaksa berdebat manja dengan pendapat diorang..Aku terima pendapat mereka janji rasional..Bak kata kawan aku...Fikir Logik! (pasni aku nak daftar sebagai calon bebas la..Hahhaa)

Okeyh,bukan isu tu pon aku nak cakap sebenarnya....Aku x de isu pon nak cakap sebenarnya.. (Ko ni meroyan ape zam?) ..Ahhh..persetankan semua tu..walaupon x de benda nak cakap aku still nak tulis blog gaks harini! How i hope i was at Korea now lepas baca blog Fatin Liyana.. Hailaaa... Aku nak travel jugak!!! Aeh,cepatlah kerja!Aku nak dwett! (*ka-ching,ka-ching* $$$$$$$)..

Hmm.. aku bosan da keje kat wad..Dua hari  menghadap Peritoneal Dialysis yang kene monitor selama 24 H tu je da membuat kan aku buhsan! Rasa macam nak planking kat atas lantai wad je..atau maybe dekat atas mesin haemodialisis..Myehehehhee....Seriesly aku x nak keje dalam wad bila jadi Staff Nurse naty..Hailaaa... Macamana la aku nak jadi staff nurse.. Mampu ke aku? Heh!
Nak mcm ni ke?
Atau mcm ni..hmmm..

Terlanjur cakap pasal haemodilisis & peritoneal dialisis ni,selaku seorang student nurse yang bertanggungjawab lagi mempunyai empati yang maha dasatt (okey,enuf wif the hiperbola),aku nak la nasihat korang supaya menjaga buah pinggang dengan baik..Before aku mencarut lagi,lemme tell u bahawa Peritoneal Dialysis & Haemodilisis ni adalah prosedur yang dilakukan sebab kidney failure la..But obviously PD & Haemodialisis bukanlah 1 prosedur yang sama..Its differens..Nak cite detail pon x guna..Korang p tanye Uncle Google la.. Cume nak cakap kat sini,bila our kidney fail to do his/her job maka agak meranalah seumur hidup bila terpaksa bergantung kepada mesin dan ditebuk-tebuk badan kita segala bagi (scary meyh?) .Satu lagi jangan makan maggie slalu,u know megi,mee segera,putteyy karamandey(okey yg ni tipu je), sebab megi boleh merosakkan buah pinggang kita!!! (tolonglah takot skang) ..Kalau korang nak sangat makan megi pon pastikan korang minum air kosong banyak-banyak lepastu ye!Punca kidney failure ni bukan takat makan meggi je la banyak lagi..boleh jadi jugak hereditary,so on,so on,. (kindly,ask uncle google please)...

Last but not least (hape punye skema)... Happy Jumaat la ye kawan-kawan!

Saturday, 14 April 2012

I Mencik Part Ni!

Assalammualaikum...

Like forever aku x jengah blog budak hingus ni..Adeiii..
In the meanwhile (macam story ape je) aku x berapa betul buat masa ni,,Hmm..Wonder kenapa aku selalu x brapa betul dan hilang pertimbangan diri selain mengalami delusi tahap susah nak faham akhir-akhir ni..
Adakah aku mengalami sindrom pra-andropous yang menyebabkan aku sentiasa merasa irritability,x sedap hati,jealousy yang melampau dan ketidaktenangan otak.Heh (ke sebab ko lama x mengaji Quran Zam?-sentap) Hhahaha...

Pakebenda pon yang berlaku semasa ni aku nak menyanyi lagu Pussicat Doll-I Hate This Part sambil mengibas-ngibas rambut depan kipas siling yang sedang berputar pada tahap 5....(-..-)"
Aku perlu muhasabah diri!!! Aummm...Semangat Harimau Muda!

Anyway..aku da start praktikal untuk 2 minggu sudah...Tukar group baru..da x segrup ngan Incik Badat & Puan Sidah...hukhuk..New group,new challenge,new mission! (katanyaaa..)

2 minggu awal ni boleh kata agak pending skett...Dan aku mampu melepaskan nafas semput dengan selesa lepas bagi talk kat budak Form 3..Scary...Lack of confidence but i manage to talk well..Alhamdullilah..Tak sangka aku mampu buat ("budak Form 3 je kowt Zam"-Ahhh...aku x kisah!,nak bangga jugak)

And,I miss my home!Haritu webcam ngan mak,ayah & lain2...First time aku main webcam segala bagai ni (betapa ketinggalan zamannya)..Tapi,aku rasa aku lagi suka cakap fon rather than via cam..Its feel weird..(-..-)"..Rasa macam aku boleh nampak gigi aku yang besar sengih kat screen sambil terkebil-kebil keblurrrran bila x de modal nak cakap..Heh..

Dan untuk terakhir sekali..I still find myself so annoying! Need to reflect my action!Ohhh..tolonglah..

Sunday, 18 March 2012

Nasihatilah Aku,Dia & Mereka Part 2!

Assalammualaikum..(Terfikir..kenapa x bagi salam sebelum ni before tulis entri-entri..)


Nasihat...Dulu aku penah tulis pasal nasihat-menasihati ni..(Nasihatilah Aku,Dia & Mereka (Part 1)
Kali ni aku nak cakap lagi sikittt jee... Dengan ilmu yang x seberapa ni..
Hmm..Macam yang kita semua tahu,nasihat ni x salah..Semua orang berhak memberi nasihat yang baik,menyampaikan perkara yang baik walaupon sepotong ayat.. 
Tapi kadang-kadang sama ada kita semua perasan atau tak..Cara kita menasihat orang tu tak kena dari segi Bahasa&Gaya&Rasa nya menyebab kan nasihat yang kita cuba sampaikan tu bertukar menjadi punca perbalahan,fitnah dan sebagainya..Sedangkan padahal niat asal kita baik,ingin menegur..
What I mean here,the way we delivered the nasihat...Ton suara,cara&gaya bercakap,penggunaan ayat,etc,,,..
Contohnya..
  1. Kau jangan nak jadi macam anjing  la hari-hari dok menyalak,buat bising..
  2. Timah,aku tau la aku pun tak baik..Tapi ko tengok la cara ko pakai ni..macam perempuan "tuttttt" jee,..
  3. Korang ni perangai tak mencerminkan orang Islam langsung,ko tau tak ciri-ciri ahli neraka tu ade dah sikit kat kau!
  4. *Pandang atas ke bawah dengan muka yang menjengkelkan sambil mencebik-cebik tapi x berani nak datang tegur,pusing kat kawan dok bisik-bisik*
See,...Mungkin contoh di atas agak ekstrem tapi yang no 4 tu pernah terjadi kat aku..Hahhahaa...
Sebenarnya bagi aku,kita boleh nak menasihati orang tapi first sekali,kita lihat dia jenis yang boleh terima cara nasihat yang macamana supaya dia tak salah faham dengan niat kita,kedua,kalau betol nak menasihat,nasihat lah dengan berhikmah bukan menghukum..Kita tak mampu nak ubah orang dalam satu hari waima seminggu pon..tapi kita boleh lakukan secara slow-slow ataupon secara memberi contoh yang mampu membuatkan orang tu berfikir semula tentang tindakan dia....Contohnya,ustaz yang nasihat aku jangan pakai seluar pendek dulu..Instead dia terus hentam gaya pemakaian aku dia bagi contoh kalau kalau aku nak jumpa mak mentua takkan aku nak pakai kurang sopan inikan pula berjumpa dengan Allah SWT...Dan yang ketiga,jangan gunakan simulasi "pukul anak sindir menantu"..Hahaha...Maksud aku cara sindiran yang akan membuat orang tu malu dan mengaibkan dia..You boleh bawak dia jauh sikit dari khalayak and talk slowly,dengan cara yang baik,InsyaAllah ia memberi kesan terus ke hati,...
Aku pon sangat-sangat tak perfect...Aku bukan orang yang baik ...Aku tak pandai nak memberi nasihat dan kadang-kadang sebagai manusia yang kategori biasa ni aku malu nak memberi nasihat...Sebab ilmu aku tak cecah kuku kaki aku pon lagi..Kita sama-sama memperbaiki diri..
Dan satu lagi jangan label aku BAIK sebelum kenal aku betul-betul sebab apabila aku buat salah,ada pihak akan kata.."Ingatkan dia ni baik,rupanya......" ataupon "Dia tak baik pon lah..sok sek sok sek..".
Please,Aku tak baik...Hahahha...Tapi aku tak nak korang jadi tak baik macam aku..Heh!

p/s:kalau ade salah cakap mintak kongsi sama untuk diperbetulkan dan kalau nak lagi sedap dengar sila jumpa ahli agama yang lebih ariff...

Saturday, 17 March 2012

Everything Happen For A Reason!



Situasi 1
Cik Senah memandu Mercekedis merahnya ke Mydin.Sesak betol tempat parking haritu menyebabkan Cik Senah terpaksa pusing-pusing 2,3 kali untuk parking keretanya yang mewah kononnya...Tetiba mata Cik Senah terpandang satu tapak parking kosong di celah-celah antara kereta Kancil dan Kereta Iswara,dia pon cepat-cepat memberi signal tanda nak masuk tempat parking tu,..Unfortunately,satu kereta BMW terus meluncur laju masuk tempat parking yang Cik Senah dah cop tadi padahal dia da perasan Cik Senah dah aim dan bagi signal dulu..Cik Senah dengan panas hati dan malas nak gadoh terus mencarik tapak parking lain,jauh sedikit dari pintu masuk Mydin..
Lepas habess shopping Cik Senah terus menuju ke kereta Mercekedisnya dan melintasi kereta BMW yang merampas tempat parking dia tadi...Cik Senah menggeleng-geleng kepala apabila melihat kereta BMW yang "kerekk seyhh" itu bermandi taik burung! Dalam hati Cik Senah lega dia tak parking kat situ,kalau tak kereta dia menerima naseb yang sama lebih-lebih lagi dia baru aje hantar keretanya ke car wash pagi tadi..Heh!

Situasi 2
Sameon  kecewa gila bila tunangnya Timah Sandha memutuskan pertunangan mereka kerana terpikat dengan samseng kampung seberang,Aaron Ajis yang berambut belah tengah iteww...Kerena terlampau kecewa Sameon membawa hatinya yang luka ke bandar..Sameon kemudian dipertemukan jodoh oleh ibu ayah nya dengan Elyani yang bertudung litup dan sopan santun tambahan lagi solehah dan pandai mengaji..Berbeza sangat dengan Timah Sandha yang rambotnya umpama tercelup lumpur dan gemar memakai baju adiknya yang berumur 12 tahun itu...Heh!


Situasi 3
Ramli Ram rasa down dan upsett sangat apabila bosnya menaikkan pangkat Gayah Masnawi sebagai Ketua Eksekutif  Pemasaran Syarikat Cemerlang Gemilang Terbilang,padahal dia yang telah 30 tahun berusaha untuk syarikat itu tak pernah dipandang..Ramli Ram pon memutuskan untuk berhenti kerja kerana dia merasakan tidak sesuai lagi bekerja di syarikat itu...Setelah berhenti kerja Ramli Ram membuka kedai runcit secara kecil-kecilan di hadapan rumahnya,rezekinya juga semakin bertambah apabila anaknya yang melanjutkan pelajaran di Universiti telah grad dan mendapat kerja di Firma Guaman ternama dengan gaji yang meletop..top..top..top...Heh!
 T.H.E.E.N.D

Kesimpulannya,sentiasa menerima Qadha & Qadhar Allah SWT dengan berlapang dada dan tidak cepat mengeluh & berputus asa...Dalam masa yang sama sentiasa  percaya bahawa setiap kita ada rezeki masing-masing dan tak perlu untuk sabotaj-mensabotaj,dengki-mendengki malahan sentiasa sama-sama bersyukur apa yang kita ada dan tidak mengeluh dengan apa yang kita tiada tapi berusaha mendapatkannya dengan cara dan niat yang diredhai Allah SWT ! :)


p/s:Ade kaitan x dengan situasi yang aku bagi tu?? hahaha...Ahh..Ada aku kisah!

Friday, 16 March 2012

Keypad Lock!


Hensett korang guna "keypad lock" x??Heh..
Aku baru guna menatang keypad lock ni..Cett..Aku bukan ketinggalan zaman atau buta teksno , cuma aku x suke gune keypad lock..sebab..LECEHH!..Bila aku nak bukak nset je mesti dia kata "now press bla bla bla"..Aku menghargai masa okey!Dengan menekan banyak butang2 lain untuk membuka nset aku telah menyebabkan aku membazir 0.0002 saat dalam hidup aku!  *yopoyo je la kaw Zam*
Papepon aku terpaksa jugak meng"keypad lock" kan nset aku sebab dia asik bangat menghubungi atau meng'kol' tanpa aku sedari!Orang yang paling slaloo dia kol adalah mak aku!Terutamanya ketika aku tidur nyenyak di mana situasi bahagian abdomen mahupun deltoid aku menekan pada kekunci nset lalu tanpa sengaja mengkol mak aku dan mengganggu waktu tidur dia sampai menyebabkan mak mengeluarkan keluhan.'Apokono ae jang??"..*Sigh*
Heh!Keypod lock adalah solution dan intervention terbaik aku bagi permasalahan ni! (-..-)"
Dan tetiba aku teringat dulu orang-orang kat kawasan aku slaloo gunakan perkataan "keypad lock" ni sebagai kata cacian tapi di'improvise' sket menjadi "CIPETTLOK!"
Contoh penggunaan :Cipettlok kau!!Asal lambat sangat datang!
Erghh,.Sampai harini aku x faham motif dia...
Okeyh...Happy Saturday guys! Bagi orang yang dok Ganu,mahupun Klate dan sekutunya..Esok da mula kelas!*Sigh*...So,kami x de Monday Blues hanya Sunday Blues..Jangan otak blue sudaa...

Wednesday, 14 March 2012

Manusia Ke Ni???

Cute kan??? :)
Tapi sayang...senyuman dia da rentung dibakar  lebih daripada lima hari untuk menghapuskan bukti..
Dirang disuruh ibu dia pegi beli mee segera dan telur RM2..Beberapa hari kemudian polis jumpa mee segera bertaburan..telur yang pecah..satu selipar dalam kebun sawit dan mayat yang rentung dibakar..Motiff??? Apapun motif nya..How Could You!!!! Manusia yang bertopengkan manusia aje yang sanggup buat benda macam ni...

Hukum budak 7 tahun sampai menyebabkan kematian kerana mencuri????Whaddaheck?? BullFish sangat,...7 tahun umur dia..apa yang mereka tahu,..Jalankan lah hukuman macamanapun tapi sampai mati??? He is only 7 years old man???7 years!!! T.U.J.U.H T.A.H.U.N.... Aku malas nak cakap..korang fikirlah sendiri..Yang paling aku benci bila isu "Ustaz" ni pon ada pihak cuba politikkan..(cube korang google)..Kemon la....

Dunia semakin tua...Manusia semakin kejam...Syaitan rancak menggoda nafsu..Sesiapapun boleh dibunuh,boleh membunuh...Mak ayah..jaga anak  baik-baik..Government..please do something...Pembikin filem..please make a more rational film..Tak fikir ke apa yang korang cuba sampaikan dan visualkan mampu mempengaruhi mental manusia dengan alasan cover suci.."sebagai pengajaran??".. Berapa ramai lagi budak-budak kecik yang akan dibunuh..Ye memang ajal mereka dah tiba..But...Have a little humanity please...Frasa "Kita manusia bukan haiwan" dah x boleh pakai..sebab haiwan pon penyayang lagi daripada manusia sekarang..."Kita Manusia jangan ikot telunjuk Setan" lebih sesuai!


Sindrom Malas Nak Test



Hallamakhai!
Malasnya nak baca nota Communicable Disease+Environment Health aku ni..
Aku lebih rela lagi wat presentation ataupon assignment bertulis daripada duduk sejam @ 2 jam mahupun 4 jam untuk test..Bosan kowt!Kalau excellent takpe jugak..Hahahha...
Walaupon dalam kepala otak dok putar-putar kata.."Azam,ko datang sini bawak harapan mak bapak ekaw..Kalau ekaw maleh blajar apo guno ae mak bapak ko dok kojo koreh caghik dwet nak bagi ko blaja!"..
Hadoii..Ayat ni lah yang slalu melemahkan jiwa bila malas nak study kan..Tapi nak wat macam mane mood test tu tak mariii sangat *bagoss sangat alasannn*....Lebih-lebih lagi bila continuous test je (JE????) bukan Final..*ko fikir ko hebat la zam?Carry mark pon teraborrr*
Memandangkan aku malas dah nak baca nota yang setambon ni,....Maka dengan ini aku putuskan untuk tawakal sahaja.. *dengan usaha ciputt taik kuda tu ada hati nak tawakal pulak*...
Huahh...mata da mengantok...sekarang aku mengalami sindrom tido awal yang acute oleh sebab yang x diketahui selain sindrom mengeliat gaya pemalas yang kronik semasa lecture atas sebab ketidakcukupan oksigen dalam otak sebab aku guna oksigen dalam otak tu untuk memikirkan perkara yang merapu dan tak patot difikirkan..*apa la yang kau merepek ni azam*

Papepon sapa yang senasib dengan aku ada test,mahupon kuiz..I WOULD LOVE TO SAY GANBATTE!GOODLUCK!SCORE YOUR BEST MARK!

Chioaw!!


Tuesday, 13 March 2012

Azam Karat!


Heh,lama suda tinggal Incik Blog!
Hari yang mendung..Hujan gelombang kedua melanda ganu..Mood aku pon mendung di petang yang mendung ni..Nak tido??? Haiz..Tak biasa tido petang la bro...

Dok rilex-rilex atas katil ni membuat kan aku terfikir tetiba macamana mak bapak aku boleh terfikir nak letak nama aku Azam...

Mak pernah cakap dulu,bapak aku letak nama aku Azam sebab masa zaman aku lahir dulu family aku tengah sangat-sangat susah..Boleh kata makan pagi,kais pagi,makan petang kais petang,makan malam,x makan da sebab malam gelap,x dapat nak kais..Hahaha..So bapak aku berAZAM untuk mengakhiri zaman miskin kami!Heh! Macam yang kerajaan kita lancarkan tu.. 1AZAM yakni Akhiri Zaman Miskin! Kajaaa!!So,bapak aku da guna dulu 1AZAM tu dulu okeis before kerajaan lancarkan! (Bangga tetibe)

Bila dok fikir tentang nama aku ni.. sebab da malas nak fikir benda lain da..Aku pon cuba me"relate"kan nama AZAM tu dengan segala pencapaian aku dan cara penghidupan aku selama ni..Hmmm..Rasanya keazaman tu ada sikit dalam diri aku cuma tak "all-out" je since aku ni bebal tahap karma..Bhhahaha...

Aku tak pernah pon buat Azam tahun baru..Masa zaman high school dulu pernah la sekali dua..Tapi lama-lama aku rasa buat Azam Tahu Baru  ni mengarot je..Since,bagi aku x perlu nak tunggu tahun baru pon nak berazam..Kehidupan seharian kita ni pon perlukan keazaman..Berazam nak siapkan asignment yang berlambak..Berazam nak dapat Dean List,Berazam nak fokus dan punctual dtg kelas...Berazam nak memusnahkan anasir negatif yang nak membunuh cas positif yang aku cuba nak bangunkan ni....Heh!

Mulai hari ini aku akan gunakan nama AZAM yang mak bapak aku bagi ni dengan sebaiknya!!Hahahha!

*Cube korang renung-renungkan nama korang plak...Hahah!

Tuesday, 6 March 2012

3N-Tercipta Satu Kenangan:Rakit-Rakit Ke Hulu!


Sambung cerita..haha..
Malam, kami tido secara camping! Lama x bercamping,walaupon keadaan tapak khemah sejuk giloss sebab hujan tapi aku berjaya tido setenang air di kali malam tu dalam khemah sebab penat giloss..Selimut Muiz aku sebat sebab aku tak bawak selimut..Teehee...
Esok pagi,4 Mac..bermula aktiviti hari kedua..Oh,lupa malam 3 Mac tu aku ada cakap kat semua budak-budak yang join kene bangun awal untuk jemaah subuh,dengan semangatnya aku bagi arahan ..Tapi sedeyhh!!Last-last aku yang lambat bangun,solat sendiri akhirnya ..Haha..Kesian bebudak ni tunggu...
Pagi dimulakan dengan Aerobik!Pheww...Aku salah seorang fasi tok Aerobik ni..Bersusah payah aku,Deen,Dayah Musa,Lela,Min,Cyda,Incik Badat,&Ecah Zul and the gang ,mereka cipta gerakan aerobik ni..Aku rasa aku terpaksa jalan macam robot lepas 2,3 kali latihan..(pemalas bersenam kannn..)..Dengan berlatarbelakangkan lagu Someone Like You-Adele (panas badan),Sexy&I Know It-LMFAO,Be  My Baby-Wonder Girls & Till the Worlds Ends-Britney Spears..Lets Move It,Move It dengan gerakan PERVERT kami!Bhahahhaha...
Aerobik sangat...
Pas penat ber"aerobot',aktiviti lasak ke-2!Rafting yekeye Berakit!!Ni first time jugak aku berakit..
Kami diberi taklimat oleh fasi yang sama untuk taklimat jungle trekking..Hehhe..Sampai-sampai kat tapak rakit kami disuruh buat rakit dulu..Uik,how come??? Tak pernah seumur hidup den pon buat rakit merakit sebelum ni..Dengan tunjuk ajar fasi,SUKSES!SUKSES! Hahha,,walaupon tiub tayar kami bocor dan tak stabil,walauponn...
Lets Do It!Rakit  dari batang paip & tiub tayar!Santekk...

Pendek cita,aku dengan lagi 16 orang kawan aku satu team atas satu rakit yang sama!Best woo,..Walaupon pada awalnya masing-masing tensyen sebab aku macam cinta kura-kura..bhahhaa...Mana nak taw camane kayuh rakit! :p (Alasan sangat..) Dan macam-macam kejadian lawak jadi atas rakit tu..Hahah..
Habes berakit,makan tengahari,packing then bertolak pulang ke UniSZA..Tata Agro Setiu,Tata Bukit Gerebar..Heh..Terimakaseh semua!  :D

"Ilmu Demi Faedah Insan"-UniSZA!


3N-Tercipta Satu Kenangan:Family Day Trekking!


Lepas habes program komuniti yang memeningkan kepala,"Its Time To Have Some Fun"!!
Masuk family day aku dah rasa kepala ringan sikit,tak de nama-nama besar waima VIP sepanjang program Hari Keluarga,protokol hanya pelu memastikan flow majlis teratur seperti yang dirancang dalam tentatif!
4:15 petang kami berkumpul,diberi taklimat tentang aktiviti lasak pertama yang akan dilakukan!
Fasilitator dia  yang kurus cikeding tapi nampak lasak tu terangkan tentang track junggle trekking yang akan kami lalui!


Fasi:Okey,kita sekarang akan melalui trek kaki Gunung Tebu,dalam perjalanan kita nanti kita akan melalui 3 jenis gua..(Aku:Waaaaaaaa...:D)..Pertama,gua batu tergantung,kedua gua karipap,dan akhir sekali gua  kura-kura..(Erkkk..ape ke pelik nama)..

Pendek cita,junggle trekking pon bermula,aku dengan semangatnya duduk kedua depan ikot bontot fasi,blakang aku  Incik Badat dengan Ikan& Lela Leley..Untung kami dok depan skalik  ni,sebab fasi banyak cerita pasal tapak-tapak yang kami lalui dan kami dapat maklumat lebih jelas dari orang belakang..Teehee..Ada satu pokok tu dia punya akar naik ke atas...Magik gila!!!(Hiperbola disiteww),nama pokok tu,Pokok Akar Serabut(Fasi yang kata ye..)..Ni gambar dia..
Nampak x yang serabot2 bergulung tu?Akar dia letteww...

Pastu lalu satu pokok lagi tengok bekas cakaran Incik Maybank yekeye Harimau...Cooll..Dan aku baru tahu  yang harimau boleh panjat pokok..(-..-)"..Pastu terus perjalanan lagi dalam 15 minit pastu jumpa gua pertama..Excited gila kowt!!!Walaupon masih penat urus program pagi tadi tapi sebab first time jumpa gua aku tak rasa penat dah..Waahahha...Turun naik gua,tengok keajaiban batu-batuan yang terbentuk..Cool gila!! Pasni aku nak takluk gua yang lebih mencabar lagi,Gua Niah ke...heheh..Pastu jalan-jalan lagi jumpa gua kedua,Gua Karipap..Gua Karipap ni kami tak sabar nak masuk sebab perut tengah lapar..(-..-)..Hahha..Ada gak la rupa karipap gua ni..
Ada nampak macam kelim Karipap tak??Teehee..
Pastu masuk gua ketiga,gua kura-kura..Trek dia mencabar jugak la...Kami kene merangkak macam kura-kura di sebalik batu-batuan dalam gua tu..Aiseh..Half of my dream come true!Lama da aku mimpi nak keluar masuk gua ni,,Walaupon tak lah dasat sangat cabaran dia,,but it still worth it la...Dalam 2 jam lepas tu,kami keluar ikot Taman Herba Agro Setiu...Huh,Puas hati,Happy! Walau sakit kaki gila-gila  & digigit pacat...Speaking of pacat,aku sangat excited bila kena gigit..(-..-)" Hahah,bukan ape,ni first time aku tengok pacat dan kene gigit pacat..Errr..tak de la seram sangat pon macam orang-orang cerita..Hmm..Kat kedah aritu aku da kena gigit lintah,skang kene gigit pacat..Half of my dream come true lagi.. Sebab aku x pernah ada experience dengan dua menatang ni sebelum ni.. :p
Incik Pacat yang Lovely! :P
Papepun aku happy gila dapat junggle trekking,pasni aku nak daki gunung..Someone please ask me to join hiking!!
Untuk aktiviti malam, kami berBBQ & Malam Kebudayaan!! Aku tak suka berlakon,dan bila group aku kena buat sketsa aku tak tau apa yang aku kena buat..Hahaha...Layannn...Walaupon BBQ agak masam dan semua orang kepenatan,aku harap nilai ukhwah yang cuba kami,pihak urusetia terapkan tercapai..Dan harap semua orang enjoyed the day..Sebarang kekurangan sepanjang program 3 Mac ni,kami mintak maaf... :)

"We Care Because We Are Professional"-Nursing Science Club!



Monday, 5 March 2012

3N-Tercipta Satu Kenangan:Protokol Yang Cube Cool!


Erghh..Actually not so cool...The protokol especially aku sangat-sangat lah Emo!
Sambong cerita...
Komuniti Service di Kampung Bukit Gerebar..
Hmm..Senarai Jemputan..
Yang Berbahagia Dato'Prof Dr Alias Bin Daud,Naib Canselor UniSZA
Yang Berbahagia Dato'Prof.Dr. Ahmad Zubaidi Bin Abdul Latif,Dekan Fakulti Perubatan &Sains Kesihatan UniSZa
Whaddafak????(O..o)"
Perasmi..
Yang Berhormat Dato Mohd Jidin,Adun Parlimen Setiu,..
"Dato' tak dapat datang,Dato pegi Thailand",(Kami Protokol:Alhamdulillah) ditukar kepada
Yang Berhormat Tuan Haji Apentah??,DUN Permaisuri..
"Tn Haji,x dapat datang,dia pegi Kedah" (Kami Protokol:Alhamdulillah) ditukar kepada
Yang Berbahagia,Tuan Haji Mohammad Nor Bin Ibrahim,Pegawai Daerah Setiu
"Tn Aji x dapat datang,dia ada program lain" (Kami Protokol:Alhamdullillah) ditukar kepada
Yang Berusaha,Encik Entah ape,Penolong Pegawai Daerah Setiu..(Kami Protokol:Alhamdulillah,Matilah..)

Naib Canselor datang??? Protokol kene buat teks ucapan NC,Protokol kene buat teks ucapan Pengarah Program,Teks MC x siap lagi!!!...Whadda..???? Disini,kami banyak mengasah balik Bahasa Malaysia SPM kami yang A+++ dulu tu..Erghh...

Hari kejadian untuk komuniti,,Protokol pening kepala..Text MC kene ubah on the spot..tentatif berubah 180 darjah on the hari kejadian..NC x dapat datang(Alhamdullillah)...Erghh,...Semua atas kepala protokol flow majlis tu...Semua mesti smooth...semua mesti perfect!Alhamdulillah,sambutan dari penduduk kampung meriah walaupun hujan...Alhamdulillah ramai yang meringankan tugas protokol..Terima Kaseh Cik Baheyah Sanad,Pembantu Tadbir Jabatan Sains Kejururawatan yang banyak mengajar tentang Etika Protokol,Terima Kasih Pn Rokiah Haji Awang,Penasihat bidan terjun yang banyak meringankan tugas dan membantu mana yang patot..Terima Kaseh kawan-kawan AJK Program 3N yang support,yang beri kerjasama yang baik,kawan-kawan yang cool,Terima Kasih kepada sub-sub protokol yang menjalankan tugas dengan sangat baik!...Terima Kaseh Semua!

Pujian paling terharu! "You did A Good Job"

3N-Tercipta Satu Kenangan:Pra-Program!


"Korang sume diberi tanggungjawab untuk menguruskan program Hari Keluarga Kelab Sains Kejururawatan..Tahun ni kita nak wat kat luar..Sama ada Genting,Gambang Waterpark ataupon Cameron Highland"
Arah Abg Naim,YDP Kelab Sains Kejururawatan kami...
So,kami pon dilantik secara langsung oleh AJK Kelab Sains Kejururawatan..Nama aku termasuk skalik even aku Exco Kerohanian(x ley blaa) dalam Kelab...Hehek..
21 orang dilantik,Aku,Apito,Ecah Zul,Badat The Pervert (:P),Min,Ecah Kader,Wanie,Deen,Muiz,Syifa,Asidah,Sabariah,Cyda,Ikan,Iemah,Ido Kome,Dayah,Aten,Lela Leley dan Suhana.
Majlis Tertinggi diundi..
Apito:Pengarah Program
Ecah Zul:Timbalan
Ikan:S/U
Aten:Naib S/U
Iemah:Bendahari
Ido Kome:Naib Bendahari
Aku????Protokol???Dengan Cyda,Sab & Suhana..
Tanya Cyda:Ko tau pape pasal protokol
Cyda: Tak!
Tanya Sab:Ko tau pape pasal protokol?
Sab:Tak!
Tanya Suhana:Ko tau pape pasal protokol?
Suhana:Tak
(Sigh)  Okeyh..Hmmm...We  Know Nothing about Protokol (-..-)' GREATT!
Bincang punye bincang kami tak setuju dengan tempat asal yang dipilih(Gambang,CH,GH) sebab banyak faktor negatif yang diconsider..So kami putuskan buat dekat Lembah Lenggong,Perak..Camping Style!Woohoo!Nama program Dipilih,3N (Nursing Nurture&Nature),Kertas kerja dilakar,hantar kat Hepa!
STOP!
Jangan hantar dulu!Pn Zainab(Penasihat) ajak jumpa..
"How about we do some community service?Dekan suka.."
Kami..
"Erkk...Sound ok & Interesting"
Pendek cerita,dari Program Hari Keluarga jadi serampang 2 mata,skali dengan Program Komuniti...
Kertas kerja di edit,tambah Komuniti,hantar kat HEPA,LULUS!! HEPA bagi bajet..Alhamdulillah..Tenang dah hati..
STOP!!
Dekan tak setuju buat kat luar dari Terengganu!
Kami..
"Whaddafak????"
Keputusan dibuat,Agro Setiu dipilih,Kampung Bukit Gerebar sasaran Program Komuniti!
Pengarah program pening,Timbalan Pening,AJK Tempat pening kene deal,batal,deal,batal,AJK Protokol lagi la pening,tentatif x pernah nak lekat!AJK lain turut same pe ning!Warghh!ICP High!
Pendek cita,Program 3N,julung-julung kali dianjurkan oleh Kelab Sains Kejururawatan yang melibatkan program komuniti yang merangkumi pengisian seperti ceramah kesihatan,pembukaan booth-booth kesihatan,home visit warga Kg Bukit Gerebar yang kurang kesihatan,gotong-royong bersihkan surau,masak gulai kawah bersama penduduk Kampung Bukit Gerebar,Setiu....bla..bla...bla..BALA..BALA..BALA..


Allah SWT knows how hard it is for the" first-timer" like us!

Thursday, 23 February 2012

Cinta Kita!

Bahau! :)

Aku belajar benda ni masa p kursus aritu..
Fasi kami tanya .."Apakah  cinta bagi kamu semua?"

Sorang budak bangun..
"Cinta tu satu benda yang bla..bla..bla..

Sorang lagi bangun..
"Cinta tu..bla..bla..bla..Cinta lepas kawen lebih manis dari sebelum kahwin..bla..bla..

Antara semua tu..ada sorang je yang menarik perhatian aku tentang pandangan dia terhadap cinta..

"Cinta tu satu tanggungjawab..Maknanya...Jika kita cinta kepada  ALLAH SWT kita akan menunaikan segala tanggungjawab kita sebagai HambaNya kat atas bumi ni..Kalau kita cinta kepada mak bapak kita.kita akan bertanggungjawab untuk membahagiakan mereka dan membalas segala jasa mereka..Kalau kita cinta kepada kekasih kita kita akan bertanggungjawab untuk menikahinya dan menghalalkan hubungan kita"

CINTA ITU TANGGUNGJAWAB! :)

Tapi sedar tak kita tentang mentaliti kita mengenai Cinta?Bila sebut cinta mesti ada perempuan & lelaki..Ada drama..ada nafsu..ada rasa..Erti cintakan luas..Bagi aku paling ramai orang terlepas pandang benda ni..

CINTA KEPADA ALAM SEKITAR!  :)

Monday, 20 February 2012

Buah Tembikai Buah Jambu..

Uuii...rancak boto ujan kat palong ni ha..Heh..
Dok tepinga-pinga depan notebook  aku ni tetiba tekenang pulak zaman dulu-dulu..heh...(macam lama je zaman dulu-dulu tu kan)

Ingat lagi  masa kecik dulu..slalu ada lori lalu depan umah den ni..
Hari-hari dok jerit satu kampung,...
'Tilam..Tilam..Tilam lama tukar baru'
Besenya dok wat keje ni apek-apek jual tilam la..Habes satu lori tilam dia angkot dok keliling kampung,siap pasang siren lagi...Yang pelik ae..x penah pulak aku nampak orang beli..heh..sian apek tu..Tapi yang pasti aku slalu salah dengar bunyik dia jadi macam ni..
'Tilam..tilam..nangnangkau tilam'
Aku x tau mana datang 'nangnangkau' tu..so jangan banyak tanya...mungkin sebab apek jual tilam tu sengau..

Pastu kes ke-2 plak orang jual eskem Paddle Pop..Hari-hari dok memekak time petang-petang panas terik..Besenya diorang jual pakai moto je..Skang bangla buat koje jual eskem ni,tu pon jarang da nampak dia pusing Palong ni..
Lagu dia macam ni..
"Paddle pop..Paddle pop..Jual seposen pon x laku"
Hahah...takde la lagu dia macam tu..lagu asal dia aku x ingat bunyik dia macam mana..omputih kan..masa tu bangang telajak BI aku..hahah..Tapi yang biasa kami nyanyi ramai-ramai bila motor eskem tu lalu macam tu la..ngeh3..

Kes ke-3 yang jual buah-buahan...Yang ni dia pakai lori..Besenye cina la yang jual..Modus operandi die same je..pusing keliling kampung..(err..modus operandi tu ape ae. ) Dia pakai lagu gak berbunyik macam ni..
"Buah tembikai..Buah Jambu..Buah Tembikai susu.."
Sedap gak lah alunan dan falsetto apek tu..Lalu bekejarlah kami membeli buah-buah yang ada..Dapat sorang jiran aku ni otak Blue sket..dia telah mengimprovise kan lagu tu jadi macam ni..
"Buah Tembikai..Buah Jambu..Buah D*** ada susu"
okeyh,..aku x pervert,ini cerita betol punye! Hahhaha...

Papepon macam-macam cara orang wat bisnes kan..Janji rezeki halal..Tapi skang ni da jarang da ada macam  ni..Heheh..

p/s:kalau nak dengar macamana bunyik lagu-lagu tu.Taip ON CINTA dan hantar ke 888888..wkwkwkwk..

Sunday, 19 February 2012

MANGGA SANGAT!

Pagi tadi aku dok belek-belek majalah MANGGA ..Alah..majalah MANGGA laa.....Angah aku beli majalah tu pastu truz campak kat aku..."Nah bang,untok ko.." hahhaha....Tokujat den...Sojak bilo lak den minat "MANGGA " ni...hahahaa...Mangga manis tu minat la... :p


Memang cuci mata habis kalau anda semua membelek majalah Mangga ni ye...Pheww...Dasat...Putus nafas dibuatnya... hahaha...

Kejap ada gambar pose dok tekangkang pastu wat muka kunun-kunun malu..Belek muka surat sebelah..Mak ai...Skirt kalau boleh nak nampak suar dalam..Pastu pose nak kasi bontot sedapp je...Belek pulak muka sebelah..gambar dalam gym...Kalau boleh rasanya nak habess tayang semua lurah-lurah dendam yang ada..Tekesut-kesap air liur den..heh..Belek lagi mukasurat sebelah..Gambar dalam kulam renang pulak..Haiibat!Yang laki ae..memang cap-cap muka gay la..dengan gambar bertiga tak berbaju dok dalam kolam renang....Aishh,....Kah3..Haiibat-haiibat artis Mesia ni rupanya...Macam Ho.Ho..Ho..Hollywood...Syabas mera betta!


Konklusi lepas baca...MANGGA ni da boleh dikatakan setaraf Majalah Playboy versi sopan..hhaha...Bukan lah majalah MANGGA je...Majalah lain pon bulih tahan gak la ke'hebat'an dia,tp MANGGA ni spesel kes sikit,..Elele..macam x pernah baca MANGGA kan.. :P

Pendek kata..(panjang x kata apa-apa,panjang rilex je)... doksah lah membazir membeli majalah MANGGA ni,..baik beli mangga...puas makan..haha... :D

Friday, 17 February 2012

Aku Mahu Relax!!!


Oitt!!! Waktu selalu mencemburui kita,.(ewah,da macam ayat masuk pidato sekolah rendah jek)
..Malam ni aku balik N9!! Adeii..Bahagio den!..hahha
Selepas penat menguruskan program,kene pulak p berkursus selama 3 hari..menerima kejutan demi kejutan..Setiap masa rasa semakin tanggungjawab aku bertambah dan ada antaranya bukan pilihan aku ...Hmm...Takpelah..semua tu mungkin ada hikmah..
Apa yang aku boleh kata..minggu ni sebok mcm aku x da life.. *sigh*.. 
Apapun aku nak tenang setenangnya waktu cuti ni..Jangan kacau aku!!!! haha..
Harap aku dapat buat keputusan yang tepat dan nampak apa yang aku nak..
For now..Just enjoy my holiday... :)

Monday, 13 February 2012

Tips Ringankan Kepala!

Ni tips dari kawan baik aku malam ni...Dia banyak membantu bila aku rasa pening dan buntu... :)

List kn semua kerja-kerja yang perlu disiapkan dan tarikh perlu disiapkan..listkan ikot jenis,contohnya,krja berkaitan pelajaran,krja program n lain2..listkn atas 1 kertas n tampal kt dinding,jangan tulis dalam buku..n garis n delete setiap 1 kerja yg dh settle..
Aku bayangkan aku belon.. :D
Time baring mcm sblm tido tu,bayangkn kita terapung kt udara n tgk masalah tu nmpak kecik jew..nmpk senang jew..n bygkn sebesar n sebrat mna pn msalh tu x ganggu kita,sebb kita kan trapung..hehe..kita cuma plih jew utk selesaikn mslah tu.


Lepas kita buat kerja penat sume,before kita masuk dlm umah or blik kita,kita singgah kat mana-mana tempat yg boleh buat kita tenang,kalo boleh tmpat yg takde org n cahaya tak terang or gelap2 samar macam tu, kita duduk dulu relax2 kat situ,..tenang-tenang,...biar cool dulu baru naik umah or msuk bilikdgn cara tu kita akan rasa kita x bawak balik masalah yang berat.



*Korang try la ye.. :p Goodluck with that!

Sekeping Biskut Tiger & Air Kosong

What do u expect???
You can take care of everyone's HEART!
Never!
Never Ever!

At least I try.... :(
But,no,I can't...
Setiap manusia mengambil penaksiran yang berbeza..
Pada setiap apa yang kita perkatakan..
Kadangkala kita rasa x ada salahnya cara penyampaian kita...
Tapi mereka mungkin menginterpretasikan maksud yang berlainan...
Jauh menyimpang dari pemahaman kita..'
Contohnya...
Kita katakan "aku tak suka lauk ni!"
Ani mungkin mengatakan kita ni terlampau cerewet..
Arul mungkin kata "budak ni ni  bajet jee lebih"...
Senah mungkin akan fikir.."Nak tunjuk kaya letteww"
Rosnah mungkin akan kata "mungkin dia memang x boleh makan,ada alergik kot!"

Fahamilah...
kita tak mampu memuaskan hati semua orang...
Jadi..buatlah apa yang kita termampu..
Dan..kadang-kadang lebih baik x berkata-kata..
Kalau apa yang akan keluar dari mulut kita..
Membuat orang tersinggung..
Dan menambahkan lagi saham dosa..
I Really Need To Learn This Topic!


Sunday, 12 February 2012

Hati

Bila hidup terlalu susah..
senyumlah,..
Bila hati terasa parah..
senyumlah..
Bila marah menjengah..
senyumlah..
Bila resah mengerah..
senyumlah..
 Namun..
Andai kau rasa menyerah..
Menangislah pada Dia..
Andai kau x mampu mengukir senyum lagi
Menangislah pada Dia..
Andai kau terjatuh pasrah..
Menangislah pada Dia...
Sang Penenang Hati...
Ya Rabb kau selalu ada...

AzamKiong~

On the Other Side of Pening!

Huh...Otak x center...
Rindu gila kat budak Imran bila tengok gambar ni...


Aigooo...Rindu serindu-rindunya... Aitt !

Hmm...so,..........aku x balik uda tunang.. Hukhukhuk...It hurt inside..(sastera habess)...Papepon...aku tengah pening skang...Secara ikhlasnya aku x taw ape yang aku peningkan..(boleh macam tu?) hahahaha...
Bila aku rasa hidup jadi susah & aku memalukan diri sendiri macam ni la jadi kat aku...Hee...

Walau papepon...jangan pernah berputus asa...Apa yang paling menyakitkan kat dunia ni??? Bila apa yang kita nak x dapat...Tapi apa yang paling indah dalam dunia ni??? Bila kita tahu Allah SWT plan yang lebih baik untuk kita rupanya...So peeps..Positive!Positive!Positive! Smileeeee.....

Thursday, 9 February 2012

When I Cannot Make It!


Uh-ohhh.... Sangat bz minggu ni ......ke minggu yang sangat bz? (-..-)"...Huahak...Kerja-kerja yang melambak...tanggungjawab sebagai ajk program,esaimen yang melambak-lambak (naik buta da mata aku buat slide,heh,2 slide je pon..kahkahkah) ,incoming test minggu depan (x studi ape lagi..teeheee..) dan presentation yang menunggu giliran.. Ohh.....

Apapun,ganbatte! Keep the positivity charge! kerh3..

My uda nak bertunang ahad ni,12.02.12 (cantik nombor,wonder my family love the  date,bang cik dulu tunang 01.01.11,kawen 11.11.11..heh..mungkin uda kawen 12.12.12?????aku?? hahhaha)..Every year ade kenduri rumah aku skang...almaklum la..anak Md Zin dan Cik Zarah ramai sangat...produktif kan..hua3....Terkilan sebab mungkin aku x dapat join kenduri tunang...Mak kol tanya tak  balik ke? Uda suruh balik,aku ngan dia rapat gila kot dari kecik lagi...Adeii..tapi..keje kat sini berlambak..*sigh* ....Apit kata..."Waa..azam da pandai bagi komitmen" ...hahhahaa...sebab aku kata aku mungkin x balik...(mungkin??????,we'll see!) Aku rasa agak terok sebab mengecewakan akak aku...tapi kalu balik pon ahad tu ade kelas...mean aku kene ponteng (yang ni x kesah sangat la,hahhaah)...lagipon aku start midterm holiday 19.02 ni...mean aku akan naik bus 3 kali dalam 1 minggu ni..(dari ganu ke n9,n9 ke ganu pastu 19.2 dari ganu ke n9..*sigh*)..actually x kesah sangat sebab dah biasa...mungkin yang kesah...dari segi kos...dan paling aku kesah..banyak sangat kerja yang menanti...*double sigh* ...boleh je kalu aku bwat dunno..tapi...mcm x adil kat kawan2 lain..hmmm....or...aku settlekan semua kerja-kerja kat sini..then balik n9 esok(11.02) ...lepas kenduri terus balik ganu balik sebab ari isnin (13.02) aku ade taklimat dengan budak2 kos aku tentang program kami yang agak gah tu (gah sangat bagi kami yang baru menapak ni lah!)...Adeii...but..aku still rasa better x balik....sebab aku takot dengan program yang bakal dibuat ni..banyak benda still in progress...first time aku memikul tanggungjawab sbg protokool...heh!Frankly speaking..aku takot & takot sebab membawak nama UniSZA & Diploma Sains Kejururawatan! Huahhhh!*triple hundred sigh*

Kawan aku kata..ala tunang je pon...(hmm...tapi...tapi,...tapi...uda my besfren dr kecik..korang x taw mcamana rapat aku ngan dia...she's a lil bit kecewa i guest)...ade yang kata..kau ni asyek balik jeee....(tapi..tapi..tapi...aku suka kumpul ngan family aku.....daripada dengan kawan,aku prefer family aku lagi!,my frenz is the bestt!!! but my family like osem!)...ade yang kata...kaya boleh lah balik selalu..(tapi...tapi...tapi,,.aku x kaya pon...mak ayah ade rezeki lebih...kalau ade kesempatan aku balik je la...kadang-kadang bukan aku yang merengek nak balik..tapi mak yang kata baliklah....what more can i say?? heh!)...Frankly speaking..aku x kesah pon dok jauh ngan mak,ayah & family sebab aku da biasa dari zaman hostel dulu (speaking of hostel..*sigh*)..cuma kadang-kadang ada kesempatan dan masa aku balik je la..hahhaa...lagipon p jumpa family aku bukan  sape pon..heh!

Okeyh...papepon...a lot of confusion,confusion,confusion in my mind! hmm...uda?program?esaimen?test?kelas? huh! aku better x balik...*thousand sigh*...sorry my sis.... ko kawen naty kompem aku ade! aku jadi ur special cameraman! adeh!whatever it is... i love u lah! semoga majlis tunang ko going smoothly...aku doa dari jauh!pas ni kurangkan baran sket..maklumlah x lama lagi nak jadi bini orang..ececeh..I LOVE U UDA& I'M HAPPY FOR U!!


*kalau x balik lah...muahahhahahahahaha... (adeii...confuse datang balik!)

Saturday, 4 February 2012

Maulud Nabi :)

A quick shared!
 c& p from sini!

Banyak selawat nabi yang kita boleh amalkan berdasarkan hadith2 berikut...Harap kita semua mendapat panduan dan kelebihan...


Dari hadith: [An-Nasa'iy/ 1292, sahih]
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad
(Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.)

Dari hadith: [An-Nasa'iy/ 1288, sahih], [An-Nasa'iy/ 1290, sahih], [Ibnu Hibban/ 1957, sahih]
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad, kama sallayta `ala ibrahima wa’ali ibrahim, innaka hamidun majid, wabarik `ala muhammadin wa`ala ali muhammad, kama barakta `ala ibrahima wa’ali ibrahim, innaka hamidun majid
(Ya Allah, berilah shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberi shalawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha terpuji lagi Maha Mulia. Dan berilah berkat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha terpuji lagi Maha Mulia.)

Dari hadith: [Ibnu Hibban/ 1959, isnadnya sahih]
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Allahumma salli `ala muhammadini n-nabiyyi l-ummiyyi wa`ala ali muhammad, kama sallayta `ala ibrahima wa `ala ali ibrahim, wabarik `ala muhammadini n-nabiyyi l-ummiyyi wa`ala ali muhammad, kama barakta `ala ibrahima wa`ala ali ibrahim, innaka hamidun majid
(Ya Allah berilah shalawat kepada Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya, sebagaimana Engkau telah memberi shalawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim.  Dan berilah berkat kepada Muhammad, Nabi yang ummi dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha terpuji lagi Maha Mulia.)


Sebaik baik selawat adalah yang ikhlas. Allahu a’lam


Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :


"Hinalah hidup orang yang ketika disebutkan namaku tidak membaca selawat kepadaku. "