Wednesday, 18 January 2012

Hak-Hak Pengguna! Yeah!

Olrite! Harini aku 'tersentuh' untuk menyentuh topik tentang Hak-hak Pengguna! (err..ok x ayat mcm ni )

 Memandangkan sem baru ni aku belajar subjek Asas Pembudayaan Keusahawanan,tetiba aku jadi seronok plak mendengar celoteh lec tentang hak-hak pengguna ni..

Hak pengguna ialah satu bentuk peraturan yang dibuat oleh 
kerajaan bagi melindungi hak serta kepentingan para pengguna. 
Sebagai contoh, penjual-penjual diwajibkan menunjukkan tanda 
harga sebagai tanda pemeberitahuan kepada pengguna.


Cakap pasal benda ni,aku rasa kebanyakan kita sebagai pengguna  ni tak sedar tentang kuasa kita dalam urusan jual beli ni ataupun perkhidmatan servis ni..Betol tak?...


Contohnya..kalau kita beli baju..Lepastu baju tu tak muat  dengan kita,bila kita p dekat kedai tu balik,jumpe salesgirl dia..dy kata 'x boleyh tukar la incik...ini baju suda beli maa..,incik kasi la sape2 yang buley pakai meyh' .(palahotak dia)...pastu sebab kita ni jenis dungu sembab ataupon tak amek kesah.kita pon bawak je la balik baju yang x muat tadi tu...Padahal kita ada hak untuk mendapatkan baju yang lain melainkan kat kedai atau resit dia tu da tulis,sebarang pembelian tidak boley dipulangkan atau ditukar ganti..


Ataupun situasi di kedai makan,..Kita dok order macam-macam..air kosong,milo tabur,tomyam pedas tak nak sayur kurang bawang,kuah nak lebeyh sket...ataupun burung puyuh kunyit tapi x nak berminyak sangat...(O.o)" Pastu waiter tu pon wat muka masam menjeruk sambil ambil order..Bila makanan sampai..tomyam kita dia letak sayur,burung puyuh minyak setambon amekk kaww..Sebab  malas nak cita panjang,kita tarik muka,balik rumah mengomel..Padahal kita ada hak untuk meyuruh kedai makan tu menukar balik makanan ikot apa yang kita order tadi..


Konsep dia senang,kita keluarkan duit untuk mendapatkan seswatu dan menggunakan seswatu servis...So,watpe kita keluar duit even RM 2 untuk mendapatkan servis layanan yang entah apa-apa ataupon  membeli baju yang x saiz sebab kedai dia takda tempat try baju..Sebagai pengguna kita berhak bersuara jika kualiti barang ataupon servis yang diberikan macam haremm...


Tujuan kita menegakkan hak-hak pengguna ni pon bukan untuk meng'kondem'kan ataupon memalukan sesuatu  pihak tetapi untuk tujuan mereka mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan kualiti barang yang dijual!


Jadilah pengguna yang lebih bijak dan kalaw kita nak sound servis yang kurang baik tadi tu pon biarlah dengan cara berhemah,..jangan cepat 'naik hantu'.. Kitakan orang Melayu beragama Islam...Gunakan hak-hak sebagai pengguna sebaiknya!!

No comments:

Post a Comment