Tuesday 3 January 2012

Kisah Kereta Rosak! (Part 4-Terkelu,Termalu!)

*630 petang
Ustaz brutal mebawak kami ke bengkel kawan dia dipendekkan cerita!Bengkel kawan dia ni agak spesel!Semua kereta kat situ adalah kereta kancil yang telah di'modifiedkan! (ustaz ni gila drift rupenye).Oleh sebab Asar x perform lagi,kami pun tumpang kereta ustaz p masjid berdekatan!Masa dalam masjid aku agak ter'malu' kerana kain pelikat tak de..(aku pakai seluar sekerat bawah lutut je)..Sebabkan terdesak,aku solat je Asar bila kompem x nampak lutut bila aku rukuk,sujud,tahiyat awal & akhir semua memandangkan Maghrib da nak masuk..Selesai solat..kami pon naik kereta ustaz brutal p bengkel balik!

Dalam kereta 

Ustaz Brutal: Kos ape korang ni?
Aku,Bad & Sidah : Nursing ustaz..
Ustaz Brutal : Kalau boleh lepas ni kalau keluar jangan lah pakai seluar sekerat gini..Memang la solat tadi sah,x batal..tapi adab menghadap Tuhan tu salah...Ce kamu nak jumpa bakal pak mentua pakai suar sekerat gini,mesti nampak x beradab  kan..Ni nak menghadap Tuhan,apatah lagi...
Aku : ........... (terdiam kelu)
Ustaz Brutal : Jangan kecik hati.. :)

TAMMAT!


No comments:

Post a Comment