Tuesday, 31 January 2012

Memandang Dunia Dari Mata Lain


Masa aku dalam zaman Tingkatan dulu,aku selalu fikir,x perlu untuk mempunyai ramai kawan ataupon mengenali watak-watak baru dalam hidup ni...But,since i grow up (macam da tua sangat je) ,aku semakin mengetahui kepentingan kita berkenalan dengan ramai orang,menjadi ramah tamah dengan stranger (walaupon aku kurang sikit bab ni)..memulakan perbualan,berkenalan..so on,so on..tauge..pucuk tahu.. (okeis,melalut suda sebab terkenang masak lemak pucuk tahu)..

Bila kita mengenali  setiap orang tu akan mempunyai sudut pandangan yang berbeza tentang kehidupan,sesuatu isu ataupon segala menatang yang kat dunia ni  lah...Jadi,aku tak da lah melihat dunia ni dari sudut pandangan dan pendapat aku aje,..Prinsip diri sendiri masih ada tapi kadang-kadang jadi lebih baik bila kita mendengar pendapat dan pandangan orang lain pulak...

Dan ,aku rasa,aku yang sekarang ni (setakat umur 20 ni la) di bina dari pandangan aku terhadap semua orang kat sekeliling aku....Semua yang buruk aku dapat jadikan panduan supaya  tak berkelakuan macam tu (walaupon ada gak yang aku tiru,adeiii)  dan apa yang baik aku amek dan cuba telan walaupon ada yang x berapa nak hadam.....Walaupun aku bukan di kalangan yang baik,tapi sentiasa ada kawan dan manusia sekeliling  yang akan memperbaiki aku,maksud aku bukan dari sudut agama aje,tapi dari seluruh aspek dan ruang lingkup kehidupan tu....Dan harap satu hari nanti,aku dapat seorang yang mampu bawak aku keluar dari definisi 'baik' seorang manusia dan memeluk definisi 'baik'  seperti yang telah tertulis oleh hukum ALLAH SWT...huhuk.....

No comments:

Post a Comment