Tuesday, 3 January 2012
Kisah Kereta Rosak !(Part 2-Hanya kerana Minyak!)
*500 petang
Kereta talah ditolak ketepi jalan oleh aku !Satu bantuan pun masih tak sampai kepada kami!Padahal kereta kami rosak depan Balai Polis dan kat tengah jalan yang banyak kereta-kereta dan motor-motor lalu lalang!So upset,semua hanya mampu memandang,menjenguk,menyebok nak tengok apa yang berlaku,tapi takda sorang pun yang cuba nak hulurkan bantuan!Ada yang nampak pun cuma tanya-tanya aja,x pon kata,'meh sy tolong tengokkan' ataupun at least tanya apa yang boleh dibantu!Aku pun p dekat Balai Polis ni dan tanya sorang pak cik (x sure dia polis ke x) kalau-kalau dia boleh tolong bawak beli minyak kereta dekat mana-mana stesyen minyak yang dekat! Hareemm nak tolong,dia suh aku p jalan kaki sendiri p dekat stesyen minyak yang dikatakan 'dekat'! Dekat sangat!Aku pun menapaklah dengan angkuhnya,(heheh) ke sesyen minyak yang 'dekat' tu..Sampai stesyen minyak :
Aku : Abang,ada botol x,sy nak isik minyak kereta,kereta kami rosak tengah jalan..
Abang pump minyak :Err,tak de lah,..Ce tanya kedai tayar depan..
*Menapak ke seberang jalan
Aku : Abang ,ada botol kosong atau apa-apa bekas tak,saya nak isik minyak,kereta kami rosak tengah jalan!
Abang Kedai Tayar ; Takde,takde..(muke kerek dan terus berbual dengan kawan dia)
Aku: (-o-)'
*Menapak ke kedai runcit sebelah kedai tayar
Aku ; Abang,ada botol atau apa-apa bekas x pakai x,saya nak isik minyak,kereta kami rosak tengah jalan!
Abang kedai Runcit : Takda,tapi ni ada air mineral 60 sen..
Aku ; Em,tak pe lah..
*Menapak ke kedai sebelah,jual alatan cat mengecat dan alat tukang rumah
Aku : Abang,ada tak bekas atau botol yang isik minyak! Kereta kami rosak tengah jalan!
Abang Kedai : Kejap aeh..(masuk ke dalam jumpe manager dia kot)
Manager 'kot' : Ha,amik lah botol ni (botol besar)!
Aku: Terimakaseh,kene bayar x ni?
Manager : Tak payah lah... :)
Bersambung...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
alhamdulillah dpt jgk..
ReplyDelete