Sunday, 29 January 2012

U're Perfect in Your Own Way



Aku Gemuk
Lalu si gemuk tu pon membeli macam-macam ubat kurus,macam-macam pil dia telan..asal ada sahaja program diet yang baru kat tempat dia tinggal semua dia masuk,.asal ada senam robik je semua dia nak join..Sebab orang selalu pandang-pandang dia lepas tu sengih-sengih...Bila dia pakai baju x kena gaya sikit semua mula cari apa yang tak kena..Dia berjalan salah,dia makan banyak sikit pon salah....Alahai...kesian si gemuk.... :(

Aku Keding
Lalu si keding pon mula mencari produk-produk yang boleh menaikkan berat badannya..Jeles betol dia tengok kawan-kawan dia yang bertubuh gebu dan gagah(bagi lelaki la)...Semua makanan yang dikatakan boleh menaikkan berat badan semua di ambil..Vitamin-vitamin penambah selera makan semua di sapu..Sebab orang selalu kata,"Kau ni keding sangatlah..flatt je aku tengok..kadang-kadang bila berdiri sebelah tiang..tiang tu pon lagi besar dari kaw" tertunduk si keding,malu-malu....Alahai..kesian si keding...


Aku Hitam
Lalu si hitam pon mencuba semua produk pemutih kulit..Garnier Lightening? Nano White? Natasha? Safi Whitening? Serum Whitening? Yang pencerah ketiak pon disapunya ke muka..Kadang-kadang menghadap cermin pon dia tak sanggup...Hitam sangat muka dia orang kata...Bila dalam gelap nampak gigi dan mata aje...Alahai...Kesian si hitam...

Aku Lembut
Lalu si lembut pon beria-ria menunjukkan kegagahannya..Biar orang sekeliling memandang dan mencaci, dia tetap berselindung tenang padahal dalam hatinya sedih terlampau..Dikatakan mahu menjadi mak nyah..bakal bergelar bapok lorong...Alahai..kesian si lembut....Bukan dia pinta jadi begitu...Adik-beradiknya semua perempuan..Kadang-kadang ada kes yang mak nya sendiri memakaikan baju perempuan sejak kecil...

Aku Juling
Lalu si juling pon puas meng 'cover' matanya asalkan tak nampak juling..Ada pulak yang memakai cermin mata asal dapat melindungi kekurangan diri..Mana taknya..asal ada ja yang memandang pasti akan gelakkan...Di katanya mata si juling satu ke barat..satu ke timur..Alahai..kesian si juling..Kurnian Tuhan matanya di cipta begitu...

Aku Sengau
Lalu si sengau pon menjadi pendiam..Nak di bukak mulut ada yang kata serupa bunyi itik serati...Ada pulak yang saja-saja meniru kesengauannya..Akhirnya si sengau termenung sendiri...Tak dia minta pon bunyi yang keluar dari mulutnya itu sehodoh begitu..Alahai..kesian si sengau...

Aku Jongang
Lalu puas lah si jongang terkatup-katup bibirnya...Nak tersenyum salah..Nak tergelak salah...Kalau dia tergelak..ada pulak yang menggelakkan dia..Kalau dia tersenyum ada pulak yang senyum-senyum sinis di belakangnya..Apabila dia bercakap di katanya air liur tersembur..Alahai kesian si jongang.. Bukan dia saja-saja pakai gigi palsu..Kurniaan Tuhan dia begitu...

Aku Hodoh
Lalu habis semua bedak asas..alat mekap di sapu ke muka..Maybelline,SimplySiti,Revlon..Namakan saja,semua ada di meja soleknya..Serba salah si hodoh...bila tak solek dikata mukanya pecah tanahlah,menakutkan lah..bila dia bersolek dikatakan over,kecantikan palsu,biarlah natural beauty kononnya..Alahai kesian si hodoh...Cemburunya dia melihat orang-orang yang cantik-cantik..Kecantikan kurniaan Tuhan bagi pihaknya begitu..Bukan dia tak berangan nak berkulit mulus,bertubuh gebu,berkaki panjang...


Aku Pendek
Lalu si pendek pon makin merendah diri berjalan di hadapan ramai..Ketinggiannya tidak selaras dengan ketinggian umurnya...Diketawakan orang,dijadikan bahan...Si pendek malu nak melangkah ke hadapan..Susahnya nak meyakinkan orang akan kebolehan dirinya sebab faktor fizikalnya itu..Kasut yang bertumit tinggi menjadi pilihan..baju-baju yang boleh menampakkan ketinggian di selongkar bagi menutup kelemahan..Alahai..kesian si pendek...



Manusia lain sentiasa mencari kekurangan kita...Kita perlu sentiasa yakin pada diri sendiri..Mereka yang mencaci kecacatan dan kekurangan diri kita sebenarnya mereka mahu menutup kekurangan dan kecacatan diri mereka sendiri..Jangan takut berhadapan dengan orang ramai jika kau gemuk,juling,pendek,hitam kerana kita sentiasa menarik dengan cara tersendiri..Allah kurniakan kekurangan untuk kita di dunia...Jangan menambahkan kekurangan itu lagi dengan melakukan larangannya kerana mungkin kita dikurniakan kelebihan yang abadi di akhirat kelak..Be positive my friend! Keep your head up to the sky,don't kill ur smile..because u are perfect in your own way!Be thankful and cherish everything that ALLAH SWT have give to u...

*For my perfect friends who always  think they are oh so imperfect!




2 comments: