Saturday, 7 January 2012

Menang!Menang!

Currently aku kat negeri sembilan,tengah golek-golek sambil notebook di atas riba (macamana tu? lu fikir la sendirik! :P)

 Hmm..cakap pasal laptop kat atas riba ni,tabiat ni sebenarnya boleh membahayakan kesihatan seksualiti lelaki.Laptop atau notebook  kan akan jadi panas kat  permukaan bawah dia bila kita lama sangat guna.Bila kita letak laptop terlalu dekat dengan 'adik' kita,means atas riba,haba keterlaluan dari  laptop tu boleh menjejaskan kesuburan lelaki sebab sperma lelaki memerlukan suhu yang seswai untuk memulihara kesuburan!


Back to the topic,heheh..Lately ramai yang suka mengkritik dan menjadi hero di sebalik skrin!Maksud aku,suka mengeji orang atau mengutuk di belakang ibarat falsafah baling batu sembunyi tangan! Ewah!

Bila  aku utarakan dan selatankan benda ni kat kawan baik aku,dia kata..kalau kita tengok dari sudut positif,ia merupakan satu benda yang baik sebab ia menunjukkan sikap prihatin masyarakat kita tentang isu-isu semasa!Selain tu benda ni boleh memperbaiki lagi diri orang yang dikeji tu dan membuat kan diorang bermuhasabah diri!Kalau tiada yang menegur mereka takkan sedar sampai bila-bila!Bila aku fikir-fikir,betol jugak tu..:)'

Aku bagi contoh,dalam dunia ni ada dua jenis manusia,penyokong dan pembangkang!

Pembangkang sangat penting peranan dia,sebab diorang ni adalah orang yang sentiasa mencari kesilapan si penyokong...Maksud aku macam orang-orang kata musuh bercakap benar dari kawan baik!Musuh nampak kesalahan kita dan mereka akn perkatakan,kawan baik nampak kesalahan kita dan kadangkala mereka sembunyikan untuk jaga hati!So,tanpa adanya golongan pembangkang ni,si penyokong x kan pernah nampak kesilapan diorang dan sentiasa merasakan diri mereka betol,betol,betol!Bila wujud pembangkang ,penyokong akan nampak kesilapan mereka  dan sentiasa cuba memperbaiki diri dan memantapkan rohani mereka agar dapat membuktikan mereka terbaik!

Sampai sini je celoteh aku harini,abang aku panggil makan roti john tata! :p

*Manusia x kan pernah nampak kesilapan sendiri sehinggalah ada yang menegur!Jadi tegur-tegurlah untuk kebaikan bersama..:)

No comments:

Post a Comment